LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Friday, May 3, 2019

"MEMBAZIR JE PANGGIL PEST CONTROL, BAIK BUAT SENDIRI. TAK PAYAH NAK TEBUK LUBANG INJECT RACUN BAGAI."



.
Eh!  Betul ke? Zasssss. Sentap Abang Pest pat saat.

.
Itu di antara pendapat dikalangan netizen yang biasa Abang Pest dengar.  Mujur hati Abang Pest ni sado, kalau tak, mau Abang Pest terjun lombong gaya kuak lentang berirama haha.

.
Meh sini Abang Pest share nak serba sedikit info mengenai anai-anai yang korang dan kawan korang tak tahu. Ya lah, nama pun anai-anai, lainlah kalau roti canai, ya tak?

.
Serangan anai-anai sebenarnya bermula daripada dalam tanah. Ramai yang cakap "Saya nampak anai-anai ni attack kat kabinet je, so saya spray je la kat situ". Ya, memang itu yang korang nampak, yang korang tak nampak?  Lainlah mata Abang Pest, ada power boleh tembus sampai ke lapisan paling dalam.

.
Kalau tak percaya, lepas korang spray kat tempat tertentu yang korang nampak ada anai-anai, biarkan seketika. Pasti akan ada semula atau serangan akan berpindah kat tempat lain.  Anai-anai pun tahu tukar strategi tau.

.
Ini disebabkan korang hanya "mengacau" laluan anai-anai untuk membuat serangan. Seperti biasa selepas itu anai-anai akan membuat serangan baru di tempat yang sama atau di tempat yang lain.

.
Why?  Meh Abang Pest tell you why.  Serangan anai-anai ni bermula dari dalam tanah sebab itu korang kena buat rawatan anai-anai menggunakan kaedah inject racun dalam tanah.

.
Kaedah yang Abang Pest gunakan merupakan kaedah yang paling bagus serta racun yang merupakan racun yang terbaik dan diiktiraf. Abang Pest boleh buktikan kalau nak tengok.

.
Abang Pest nak pesan sebelum terlambat, sayangi harta benda korang daripada serangan anai-anai, kerana kerosakan dek anai-anai melibatkan kos yang berkali ganda tinggi jika tiada rawatan atau kaedah yang betul untuk merawatnya.  Kalau live, boleh nampak muka Abang Pest pesan dengan penuh keseriusan dan kasih sayang time ni.

.
Faham ke idok?  Penat tau Abang Pest membebel haha. Nanti jangan cakap Abang Pest tak umbrella.  Abang Pest tunggu dan perati je ni.

Sunday, October 21, 2018

Sunday, July 8, 2018

Serangan Anai-Anai DIY vs Corrective Soil Treatment



Ramai bila bercerita mengenai pembasmian anai-anai, ada yang akan cakap
"membazir je panggil pest control ni. Baik buat sendiri je. Jimat kos jimat duit."
"Beli je racun kat hardware, kat online pun dah berlambak. Murah pun murah. Just spray je. Tak payah tebuk2 inject racun dlm tanah bagai"

Hanya mampu tersenyum, sebab itu pendapat mereka. Meh saya share serba sedikit info mengenai anai-anai untuk makluman semua :)

Serangan anai-anai bermula daripada dalam tanah. "Tapi saya nampak anai-anai ni attack kt kabinet je? So saya spray jela kt situ". Ye, mmg tu yg anda nampak? Yang anda tidak nampak? Kalo tidak percaya, lepas anda spray kt certain tempat yg anda nampak ada anai-anai, anda biarkan seketika. Pasti akan ada semula atau serangan akan berpindah kat tempat lain. Ini disebabkan anda hanya " mengacau" laluan anai-anai untuk membuat serangan mereka. Pastinya mereka akan membuat serangan baru di tempat yang sama or di tempat yang lain. Mengapa? Sebab serangan anai-anai ni bermula daripada dalam tanah. Sebab itu kita kena buat rawatan anai-anai menggunakan kaedah inject racun dalam tanah.

"Mahal lah rawatan kaedah ini, cecah ribuan ringgit. Buat sendiri bli racun hardware or online tak smpai seratus pun". Bakal pelanggan yang kami hormati, kaedah yang kami gunakan merupakan kaedah yang terbaik serta racun yang kami gunakan merupakan racun yang terbaik dan diiktiraf. Harga? Jangan risau mengenai harga, kami pasti akan memberikan yang terbaik untuk anda :)

Sayangi harta benda anda daripada serangan anai-anai, kerana kerosakan dek anai-anai melibatkan kos yang amat tinggi jika tiada rawatan atau kaedah yang betul untuk merawatnya.

Segera hubungi kami untuk maklumat lanjut! Anda pasti akan berpuas hati :)

20 yang terawal akan dapat harga istimewa dari Abang Pest. Nak? Cepat whatsapp

Adam: www.wasap.my/60176632676

Saturday, June 10, 2017

Kemana Kelkatu Pergi Selepas Tinggalkan Sayapnya Bertaburan Atas Lantai? Baca Penjelasan Berikut







Jika sesuatu kawasan dipenuhi dengan kelkatu pada waktu malam, keesokan harinya pasti kawasan tersebut dipenuhi dengan sayap serangga itu - tanpa badan.

Tapi kemana hilangnya badan makhluk itu? Sebelum menjawab lanjut tentang persoalan ini, kita terokai terlebih dahulu dari mana datangnya serangga bersayap ini.

Kelkatu = Anai-anai

Ini mungkin satu hakikat yang sukar ditelan, tapi ya, kelkatu merupakan anai-anai. Menyelusuri lanjut mengenai haiwan unik ini, mari kita masuk dahulu tentang kitaran hidup anai-anai.



Anai-anai merupakan haiwan yang unik kerana mereka ini disifatkan sebagai haiwan yang bagus dari segi sosialnya. Ini kerana mereka mempunyai kasta dan setiap jenis kasta mempunyai tujuan masing-masing. Dalam setiap koloni anai-anai akan ada pekerja, askar, dan pembiak berserta dengan raja dan ratu.

Kehidupan anai-anai bermula dari telur yang akan bertukar menjadi larva. Larva ini kemudian akan bertukar menjadi sama ada pekerja atau askar atau menjadi pembiak. Penjelasan lanjut mengenai perkembangan larva anai-anai agak panjang dan kompleks, jadi kita ringkaskan sampai di situ saja.




Askar dan pekerja
Anai-anai pekerja secara ringkasnya membuat kerja-kerja seharian dalam dunia anai-anai; termasuklah menjaga ratu, membaiki sarang, memberi anai-anai kasta lain makan, menjaga telur dan mencari makanan. Biasanya, tugas-tugas ini dibahagikan mengikut umur dan juga saiz anai-anai pekerja. Anai-anai inilah yang selalu anda lihat memakan kayu.


Pekerja
Anai-anai berkasta askar pula mempunyai satu tujuan sahaja - iaitu untuk melindungi koloninya. Mereka ini 'pakar' dalam pertahanan. Cara untuk mengenalpasti anai-anai askar adalah dengan melihat objek tajam hitam di bahagian kepalanya.


Askar
Bagaimanapun, kedua-dua jenis anai-anai ini mempunyai satu persamaan iaitu mereka buta. Mereka berkomunikasi menggunakan signal kimia dan juga getaran yang dihasilkan melalui hentakan kepala.



Pembiak
Selepas peringkat larva, anai-anai kasta pembiak akan bertukar menjadi nymph dan seterusnya akan melalui proses molting sebelum menjadi matang - a.k.a kelkatu. Kelkatu amat jarang dihasilkan. Malah, masa untuk satu-satu koloni mula menghasilkan kelkatu mungkin lebih dari empat tahun - berbeza mengikut spesis dan koloni.

Apabila tiba masa yang sesuai, semua anai-anai bersayap dan bermata ini akan keluar secara berkelompok dari sarang mereka untuk mencapai objektif mereka iaitu memulakan koloni baru.

Pada hari mencari pasangan itu, kawasan-kawasan berlampu akan dipenuhi oleh serangga ini. Apabila kelkatu jantan sudah berjaya menemui kelkatu betina idaman, mereka akan jatuh ke tanah dan sayap mereka akan tertanggal. Selepas itu, mereka akan mengorek kawasan tanah atau kayu terdekat yang sesuai bagi memulakan sarang/koloni baru.



Busut atau sarang anai-anai.
Kelkatu jantan itu akan menjadi raja anai-anai, manakala kelkatu betina pula akan menjadi ratu kepada koloni baru itu - itupun sekiranya mereka berjaya menghadapi dugaan-dugaan berumah tangga dalam dunia anai-anai. Biarpun kelkatu dihasilkan banyak, namun hanya sedikit dari mereka berjaya meneruskan kehidupan kerana keberadaan pemangsa dan cabaran-cabaran yang dihadapi ketika membentuk koloni.



Yang besar tu ratu. Kepala kecil, tapi badan besar bagi membolehkannya menghasilkan banyak telur.
Yang besar hitm sikit tu raja (kelkatu jantan tadi).
Berbalik kepada raja dan ratu anai-anai tadi, ada juga kemungkinan terdapat dua ratu dalam satu koloni. Tapi rajanya tetap satu - hmmmm poligami. Video dibawah memaparkan dua ekor ratu di dalam satu busut.




Itulah kitaran anai-anai atau kelkatu. Jadi jika anda ternampak kelkatu berterbangan di udara, ketahuilah ia sebenarnya anai-anai.

Thursday, July 31, 2014

Syarikat kawalan serangga berlesen

Untuk mengetahui senarai syarikat kawalan serangga berlesen sila google "Senarai Syarikat Pengendali Kawalan Racun Makhluk Perosak Berlesen"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails