LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Saturday, June 26, 2010

Benarkah Hari Kiamat Pada Tahun 2012 ?




Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kita untuk terus hidup di muka bumi Allah s.w.t yang penuh dengan nikmat yang tidak terhingga. Segala syukur dan rasa bertuah tidak lain hanya untuk Allah s.w.t yang telah memberikan segalanya, hanya manusia yang berkehendak untuk bersyukur atau sebaliknya.

Sebelum memulakan bicara ada baiknya kita menyebut tentang kesyukuran, teringat satu ungkapan syukur itu tanda menghargai, tidak bersyukur tanda kufur hati, kufur nikmat. Allah s.w.t pun pernah menyebut :

“Jikalau kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan nikmat kamu, dan jikalau kamu kufur, sesungguhnya azab Ku teramat sangat pedihnya”.

Bersyukur itu banyak keadaannya, syukur kerana diberi nikmat, syukur kerana terselamat dari bencana dan bala, syukur kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang, syukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan aman, syukur kerana dinaikkan pangkat, syukur kerana mempunyai anak-anak yang baik dan sebagainya.

Dan pada saat ini kita sepatutnya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur kita, walaupun umur kita tidak sama dengan umur dunia yang sedia ada.

Kiamat 2012?? Biar betul??

Yeke? Tak mungkinlah. Lambat lagi laa. Imam Mahdi kan tak turun lagi??Nabi Isa tak turun lagi.

Mungkin ini antara imaginasi dan lintasan fikiran anda apabila melihat triler filem Hollywood di atas, “2012”. 2012 adalah satu tarikh keramat yang dikatakan oleh pengkaji dan peramal masa depan Barat bahawa ianya adalah satu tahun berlakunya hari besar, iaitu kiamat.

Barat mempunyai pelbagai tafsiran dan ramalan yang mungkin benar, tetapi ada kemungkinan ianya tersasar jauh dari kebenaran. Pernah sebelum ini diwarwarkan oleh media Barat bahwa kiamat akan berlaku pada tahun 2004, dan beberapa tarikh sebelumnya, namun tiada apa yang berlaku. Kehidupan masih berjalan seperti biasa, tiada langit pecah, tiada planet berlanggar dan sebagainya.

Saya bukan hendak mengulas tentang filem tersebut, tetapi ingin memberi sedikit pandangan dari sudut pandang yang berbeza. Allah s.w.t menyebut dalam Al-Quran :

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." ( al-A’raaf ayat 7 )

Hari kiamat adalah hari kehancuran bumi, alamraya dan segenap alam cakerawala yang ada di dunia. Segala makhluk tidak kira manusia, jin, haiwan, tumbuhan, langit, matahari, bulan dan planet-planet akan hancur, saling berguguran, berlanggaran dan musnah. Manusia akan lenyap dan berterbangan bagaikan kalkatu yang berterbangan dan suasana ketika hari tersebut sangat menakutkan.



Di dalam al-Quran disebut tentang hari kiamat dengan pelbagai perkataan, antaranya Al-Haaqah, Al-Waqiah, Al-Qiyamah, Al-Zalzalah dan sebagainya. Semuanya mempunyai maksud yang sama iaitu kiamat. Dengan maksud seperti “hari yang menggoncangkan”, “hari kebangkitan” dan sebagainya, ianya cukup menakutkan sesiapa yang berfikir tentangnya. Kiamat ibarat satu cermin yang menggambarkan ketakutan manusia. Berlakunya ia bermakna bermulanya satu episod perjalanan yang baru bagi umat manusia.

Namun begitu, kepercayaan mengenai hari kiamat adalah satu ketetapan bagi umat Islam. Ianya sudah termaktub sebagai rukun iman yang kelima yang menjadi tunjang akidah, keimanan dan kepercayaan penganutnya. Bagi yang benar-benar beriman, mereka mempercayainya dengan keimanan yang bulat kepada Allah s.w.t bahawa hari besar tersebut sememangnya pasti akan berlaku.

Doktrin Barat

Maka timbullah persoalan, mengapa Barat dan orang-orang yang sama waktu dengannya begitu meneliti tentang munculnya hari kiamat? Mengapa perlu menyiasat tarikh berlakunya hari kiamat? Mengapa mereka beria-ria mengwarwarkan tahun sekian sekian akan berlakunya kiamat? Kenapa perlunya filem untuk menjadi bahantara menjelaskan tentang hari kiamat? Kenapa perlunya filem seperti 2012??

Di sinilah kita perlu memahami, mengkaji dan meneliti mengapa Barat terlalu mementingkan penerapan dogma mereka melalui cara yang cukup berkesan, iaitu melalui filem-filem yang bertemakan kemusnahan, kehancuran, peperangan dan sebagainya.


Anda semua mungkin pernah menonton filem-filem seperti “Deep Impact”, “Armageddon”, “Twister”, “The End of The World” dan sebagainya. Filem-filem seperti ini bertemakan bencana, malapetaka dahsyat, dan juga hari kiamat. “Deep Impact” contohnya filem yang berkisar tentang bumi yang musnah akibat hentaman asteroid, “Armegeddon” juga berkisar tentang cerita yang sama seperti “Deep Impact”, cumanya dalam filem tersebut bumi terselamat daripada hentaman asteroid hasil dari kehebatan perancangan pihak NASA memusnahkan asteroid tersebut dengan cara mengebomkannya. Sangat hebat filem tersebut. Memang sekali tonton, kita akan terfikir US lah hero penyelamat dunia yang sangat bijak dan hebat merancang sesuatu untuk menyelamatkan bumi dari malapetaka dahsyat. Ini adalah pandangan yang pertama.


Begitu juga dengan filem-filem yang lain, seperti “Transformers”, “Iron Man” contohnya, walaupun ianya menjadi satu filem yang diminati ramai terutamanya golongan muda dan kanak-kanak mungkin, ianya tidak terlepas dari doktrin kotor Barat yang ingin menunjukkan kuasa hebat mereka mencipta dan melaksanakan sesuatu. Mungkin anda berasa tidak sesuai saya menggunakan contoh di atas, tetapi ada benarnya jika kita perhatikan setiap inci dari filem-filem tersebut penuh dengan doktrin kotor Barat. Ini cuma satu atau dua dari berpuluh ribu filem yang telah direka dan ditayangkan, tetapi ianya secara jelas menunjukkan berlakunya penanaman doktrin Barat terhadap penonton yang menyaksikan filem tersebut.

Doktrin Barat : Bagaimana?

Tujuan Barat tidak lain hanyalah sebagai satu doktrin atau penanaman kepercayaan terhadap apa yang dibawa oleh mereka melalui cara perfileman, dokumentari dan sebagainya. Ianya tidak lebih hanya sekadar untuk memperkukuhkan kekuasaan, pengaruh dan penjajahan mereka melalui cara tersebut.

Doktrin Barat dapat dikesan dalam filem-filem melalui unsur-unsur ini :
  • Terdapatnya unsur penonjolan terhadap kehebatan ketenteraan dan senjata. Contohnya filem “Iron Man”.
  • Wujud “scene-scene” seperti keganasan, pembunuhan, peperangan, perjudian dan sebagainya.
  • Wujud unsur-unsur “sex” pada setiap filem, paling kurang babak “kiss”.
  • Terdapat unsur-unsur hiburan melampau, budaya clubbing, pub dan disko.
  • Terdapatnya unsur-unsur doktrin Kristianisasi dalam filem.

Setiap filem Barat tidak akan lekang dengan “hiasan-hiasan” seperti yang disebutkan di atas. Unsur – unsur pembunuhan, peperangan, kehebatan bersenjata dan sebagainya bagaikan satu polisi atau syarat bagi setiap filem Barat. Ianya tiada beza dengan filem “2012” yang mungkin bakal membawa pengaruh yang sama.

Kenapa dengan filem 2012?

Bagi Islam secara jelasnya tidak akan bersependapat dengan segala bentuk kemaksiatan dan kezaliman, bahkan segala bentuk kesesatan yang nyata ataupun tidak nyata. Ini kerana panduan yang dibawa oleh Islam adalah sangat jelas dan benar.

Islam tidak sekali-kali membenarkan kezaliman, pembunuhan dengan sengaja tanpa hak, perjudian, seks bebas bahkan menolak segala bentuk pengaruh dan unsur yang bertentangan dengan akidah Islam. Tetapi realiti yang berlaku ketika umat Islam mempercayai hari kiamat adalah hak Allah dan rahsia besarNya, maka Barat mencipta satu dogma baru untuk meletakkan satu tempoh hayat atau “count down” bagi dunia iaitu pada tahun 2012, dan dunia akan kiamat pada tahun tersebut.

Tidakkah ini dilihat salah satu penanaman gejala sesat Barat terhadap umat manusia?Adakah perlu umat Islam mengambil pandangan dan ramalan yang dibuat berdasarkan tukang tilik mereka Nostradamus dan pakar-pakar tilik lain yang jelas bertentangan dengan Quran dan Hadith?


Sememangnya Allah telah menutup hati-hati orang kafir yang tidak beriman dengan hari kiamat, sedangkan orang beriman sangat takut dengan kedatangan hari tersebut , sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahwa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahwa sesungguhnya orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat itu benar-benar dalam kesesatan yang jauh.” ( surah al – Syura ayat 18 )

Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa orang-orang kafir dan Barat khususnya sangat suka bermain dengan “nombor” dan “tahun” untuk hari kiamat. Bagi mereka penghasilan filem tersebut tidak lebih bagai satu dokumentari. Sudah termaktub, orang yang tidak beriman suka menyebut tentang hari kiamat dan mahu ianya disegerakan. Ini jelas kerana mereka tidak percaya dan takut kepada hari kiamat apatah lagi percaya kepada azab Allah s.w.t. firman Allah s.w.t :

“Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat.” (surah al-Mudattsir ayat 49 -53 )

Pentingnya Iman & Penutup

Penghasilan filem dan penerapan doktrin Barat sememangnya ibarat “irama dan lagu”. Bagi mereka senyaplah dunia tanpa “hiasan-hiasan” tersebut. Penyeri hidup mereka adalah dengan hiburan melampau, seks bebas, sindiket pembunuhan, konspirasi, rasuah, kuku besi, penyelewengan dan lain-lain. Hidup mereka sememangnya sudah sebati dengan norma-norma tersebut.

Namun bagi umat Islam, apa saja bentuk penjajahan dan penerapan nilai songsang perlu ditapis dari menyerap masuk ke dalam masyarakat. Cukuplah dengan penyakit akidah dan pemesongan pemikiran umat hari ini, tidak perlu ditambah-tambah dengan unsur-unsur luar yang akan memeningkan lagi.


Walaupun kita membincangkan antara matlamat filem yang direka, doktrin kotor, kepercayaan tentang hari kiamat dan segala benda yang lain, semuanya perlu berbalik kepada prinsip asas yang penting yang semestinya diikat dengan tali keimanan dan akidah pada Allah s.w.t. Ini kerana

Iman mengajar kita supaya menilai sesuatu,
Iman mengajar kita supaya mengambil iktibar daripada sesuatu,
Dan iman juga mengajar kita untuk mengawal dan melakukan sesuatu.


Dengan adanya iman, kita boleh menilai sesuatu itu menurut kehendak Tuhan ataupun tidak, dengan iman juga kita kenal mana satu doktrin mana satu kebaikan, dengan adanya iman kita tahu bahawa hari kiamat itu rahsia Tuhan, bukan tekaan insan. Dan dengan adanya iman kita akan tahu untuk bersyukur. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails