LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Wednesday, June 23, 2010

Blogger!!

tentang blogger
Blogging adalah sebahagian daripada kehidupan aku sekarang. Walaupun ianya sebagai kerja sambilan, tetapi kesannya amat mendalam bagi aku. Bila di sebut sebagai blogger, memang bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Ramai yang sudah tahu akan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah sebenarnya yang di lakukan oleh blogger ini.
Adakah blogger ini menulis hanya sekadar untuk mencari publisiti murahan atau mengejar glamour?
Bagi aku seorang blogger yang bagus dan cool, publisiti murahan atau mengejar glamour bukannlah sebagai tujuan utama mereka menulis. Tetapi kebanyakkan mereka menulis atas dasar minat yang mendalam dan bersedia untuk berkongsi maklumat yang berguna kepada para pengunjung blog mereka.
Banyak perkara yang tidak di ketahui oleh orang ramai tentang blogger.  Dari itu aku senaraikan 10 perkara yang tidak di ketahui oleh orang ramai tentang  seorang penulis blog.
1) Blogger selalu berlawan dengan masa. Masa amat selalu mencemburui blogger. Lebih-lebih lagi jika blogger itu mempunyai kerja yang tetap dan sudah pun berkeluarga. Ini kerana, kebiasaannya blogger mengambil sedikit masa untuk menulis sesuatu entri.
2) Bukan semua blog berorientasikan wang. Ada blogger yang menulis semata-mata minat yang mendalam. Tetapi setiap entri yang disiarkan mendapat perhatian pengunjung. Haa macam mana tu?
3) Perkara yang paling membuatkan blogger MARAH bila talian internet macam Kura-kura. Inilah masanya untuk menguji kesabaran para blogger. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berinteraksi dengan pengiklan. Dugaan…dugaan…
4) Bagi blogger yang sudah berkahwin, dugaan yang paling hebat adalah memberikan kefahaman yang betul kepada isteri dan anak-anak. Jika isteri atau suami tidak memahami jiwa seorang blogger, ianya boleh menjurus kepada salah anggap dan menjejaskan hubungan suami isteri.
5) Blogger yang kental sentiasa berusaha untuk mendapatkan rentak penulisan yang konsisten. Mengekalkan konsistensi bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak ramai yang mampu membuatnya. Inilah yang orang ramai yang tidak tahu.
6) Blogger juga memerah keringat dan berusaha untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti. Walaupun pendek tetapi cukup untuk memberikan sesuatu kepada para pengunjungnya.
7) Sentiasa moniterize blog yang dibangunkan. Ini termasuklah, memerhati dari mana sumber traffik yang datang. Ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk memajukan blog pada masa hadapan. Setiap hari blogger akan melihat jumlah statistik untuk blog mereka, ini perkara yang di lakukan bila membuka sahaja laptop dan akses kepada talian Internet.
8) Blogger akan merasa kecewa jika entri yang di tulis tidak mendapat perhatian yang tinggi dari pengunjung. Ini memang pasti. Tetapi sebaliknya jika entri yang di tulis mendapat perhatian yang tinggi. Aku pasti ketika ini blogger semua kembang sahaja kan.
9) Tersenyum lebar jika setiap hari ada pengunjung baru menerjah masuk ke blog. Lebih manis lagi jika mereka terus melekat di blog dan sering menantikan info-info atau entri terbaru daripada blogger.  Jika blogger yang menjana wang dari blog, tersenyum lebar jika setiap hari ada wang masuk daripada blognya. Betul tak?
10) Yang terakhir sekali, blogger akan lebih rasa di hargai jika entri yang ditulis di puji, di hargai dan dijadikan sebagai penduan dalam kehidupan seharian. Walau ROCK macam mana pun seorang blogger itu, hati mereka tetap akan touching dan  tersenyum jika entri yang di tulis itu dihargai oleh pengunjungnya.
Ini adala 10 perkara yang tidak di ketahui oleh orang ramai tentang blogger. Mungkin anda sudah dapat jawapan mengapa orang suka menulis blog? Amcam cool tak kehidupan sebagai seorang blogger?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails