LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Saturday, June 12, 2010

DI HINA JIKA MASIH HIDUP


P.Ramlee meninggal pada 29 Mei 1973, hari ini genap 37 tahun pemergian allahyarham. Sehingga hari ini tidak habis-habis diperkatakan tentang keagungan seniman ini sehingga beliau diberi gelaran Seniman Agung Negara.

Generasi yang telah berlapis di hadapan P.Ramlee masih meminati P.Ramlee walaupun mereka bukan membesar dalam zaman P.Ramlee tetapi mereka mengikuti P.Ramlee dan kenal P.Ramlee. Mereka kenal P.Ramlee kerana filem P.Ramlee, seperti di dalam filem begitulah mereka kenal P.Ramlee.

P.Ramlee hidup di dalam hidup mereka kerana watak-watak, perangai-perangai, sikap-sikap dalam filem P.Ramlee itu ada dalam kehidupan seharian mereka. Sikap malas, cemburu buta, orang kaya kedekut, memilih kasih, dengki, khianat, kahwin ramai dan berbagai lagi sikap-sikap dalam masyarakat hari ini ditonjolkan dengan berkesan dalam filem P.Ramlee.

Di samping paparan filem-filem P.Ramlee yang agung ada juga filem-filem P.Ramlee yang gagal khasnya apabila P.Ramlee berhijrah ke Merdeka Studio, Kuala Lumpur. Filem-filemnya dibuat dengan “budget” yang rendah, set-set kotak yang serungas dan terburu-buru seperti filem 6 Jahanam. Satunya kelebihan P.Ramlee ialah apabila terlalu banyak kenangan indah dan kebaikan P.Ramlee sehingga masyarakat tidak ingin melihat kegagalan beliau.

Ramai pengkaji filem berpendapat kalau P.Ramlee masih ada nescaya martabat filem Melayu akan naik. Sejauh mana konkrit pendapat ini boleh disanggah. Jangan-jangan kalau P.Ramlee masih ada beliau dihina dan dikutuk oleh parti-parti pembangkang yang suka membangkang.

Apa pun Allah maha mengetahui dan mengambil P.Ramlee ketika di tahap kemuncak kejatuhan filem Melayu dan di mana masyarakat masih mahu P.Ramlee.

Begitulah juga pemimpin yang ada seperti Tun Mahathir yang tahu masamana untuk meletak jawatan.

Jangan pula seperti apa yang terjadi kepada Presiden MIC Samy Vellu hari ini yang dipaksa meletak jawatan dengan segera kerana terlalu lama memegang jawatan.

Kata orang tua-tua makan ketika lapar dan berhenti makan ketika sedap

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails