LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, June 27, 2010

Jacko Mungkin Masih Hidup Jika Peluk Islam

LONDON, 25 JUN 2010: Hari ini, genap setahun pemergian Raja Pop dunia, Michael Jackson. Namun, pemergiannya si penghibur terkemuka yang dianggap trendsetter dalam bidang muzik kerana seringkali mencetuskan trademark yang tersendiri dalam lagu, tarian, pakaian, penampilan dan pembikinan MTVnya ini ternyata memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap seluruh masyarakat dunia.
Malah, hingga saat ini pun masih ramai yang tidak henti-henti memperkatakan tentang sejarah dan kehebatan Michael Jackson. Segelintir pula mempercayai bahawa Michael sebenarnya masih hidup lagi.
Apapun, Jermaine Jackson yang merupakan abang kandung kepada superstar itu tersebut pula berpendapat, sekirannya lagenda pop yang disayangi ramai itu memeluk Islam, dia barangkali mungkin masih hidup lagi.
Jermaine yang juga salah seorang daripada anggota The Jackson 5 yang turut dianggotai Michael sewaktu dia masih kanak-kanak berkata demikian swwaktu diwawancara pihak BBC sempena ulang tahun pertama kematian Michael yang dikatakan berpunca akibat pengambilan ubat yang berlebihan.Dia juga berpendapat adiknya itu sepatutnya meninggalkan Amerika Syarikat.
"Saya rasa jika Michael memeluk Islam beliau mungkin akan masih di sini pada hari ini dan saya katakan begitu kerana pelbagai sebab. Kenapa? Kerana apabila anda mempunyai 100 peratus keyakinan serta jelas tentang siapa diri anda, mengapa anda di sini dan semua orang di sekeliling anda, pasti semuanya akan berubah di mana anda menjadi lebih baik. Anda juga seolah-olah akan mendapat kekuatan.
"Tuhan itu sangat berkuasa. Michael mengkajinya. Beliau membaca banyak buku kerana saya banyak belikan buku untuk beliau dari Arab Saudi. Saya juga belikan buku untuk beliau dari Bahrain.Saya sebenarnya yang yang membawa beliau ke Bahrain kerana saya mahu beliau keluar dari Amerika," kata Jermaine yang beragama Islam kepada radio World Service BBC.
Jelas Jermaine lagi, adiknya tidak menentang untuk memeluk Islam.
"Semua pengawal keselamatan beliau beragama Islam kerana beliau percayakan Islam kerana mereka adalah orang yang akan melindungi dan menjadi manusia yang terbaik dan sebaik mungkin bukan kerana Michael Jackson tetapi kerana Allah. Jadi mempunyai orang seperti ini sekeliling anda, anda tahu mereka akan melindungi anda kerana perlindungan itu dari Allah," katanya.
Kematian Michael pada 25 Jun tahun lalu telah mencetuskan kejutan terhadap seluruh masyarakat dunia. Jutaan peminatnya telah memberikan penghormatan terakhir buat idola merela itu di Forest Lawn Memorial Park di Glendale.
Bagi memperingati pemergianya pada hari ini, saluran HBO (411) dan HBO HD (431) turut mengambil kesempatan dengan menayangkan filem Michael Jackson's This Is It, pada jam 9 malam nanti.
Filem ini dihasilkan berdasarkan petikan rakaman yang dibuat sewaktu Michael sedang sibuk membuat persiapan yang terperinci sempena penganjuran konsert terbarunya di London pada tahun tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails