Welcome to ADAMZ PEST MANAGEMENT


Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest management is here with a solution. In this comprehensive site, you’ll realize that there is much more to pest control than is commonly known.

As 1 Malaysia’s leading pest control company, Adamz pest management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest concerns. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant, local, efficient and passionate! We invite you to explore our site to learn more about the world of pests!


Saturday, June 12, 2010







Jenis Pes Yang Biasa Mendatangkan Masalah
Menurut satu bancian pada tahun 1984, nyamuk adalah serangga perosak yang amat popular mendatangkan masalah di negara ini, ia diikuti oleh lipas, lalat, semut dan tikus. Namun begitu dalam satu kajian pada tahun 1995, oleh unit vektor kawalan penyakit, Universiti Sains Malaysia mendapati bahawa semut telah naik ke tangga ketiga menggantikan lalat dalam turutan kepentingannya dalam mendatangkan masalah kepada para pengguna.
Selain daripada itu anai-anai merupakan satu masalah yang juga menjadi semakin penting dalam keperluan pengawalannya. Kerosakan yang didatangkan oleh anai-anai kepada harta benda telah menjadikan ia di antara jenis serangga perosak yang amat dikhuatiri oleh para pemilik rumah dan bangunan.

Nyamuk
Nyamuk adalah serangga pembawa penyakit yang banyak mendatangkan penyakit yang merbahaya kepada manusia. Penyakit bawaannya adalah seperti Malaria dan Demam Denggi. Di antara spesis nyamuk yang amat penting dalam kawasan perbandaran adalah Aedes, Culex dan Anopheles.
Aedes merupakan vector pembawa demam denggi yang dapat membiak dengan mudah pada takungan air bersih pada bekas-bekas yang berselerak di tempat-tempat yang tidak terurus kawasannya. Ia juga dapat membiak pada bekas-bekas pelapik almari, pasu bunga dan lain-lain seumpamanya di sekitar kawasan rumah.
Culex pula merupakan vektor pembawa penyakit untut yang biasanya membiak di kawasan air tercemar walaupun ada kalanya ia juga membiak di dalam air yang bersih. Kawasa kegemarannya adalah seperti di takungan air longkang yang tersumbat, tangki najis dan seumpanya.
Anopheles adalah vektor pembawa penyakit malaria kawasan bandar yang membiak seperti nyamuk Aedes di takungan air bersih seperti tangki air di atas bumbung dan bekas-bekas takungan air yang bersih.

Lipas
Lipas merupakan sejenis serangga primitif yang memerlukan tempat teduh yang nyaman dan mempunyai makanan untuk hidup dan membiak. Lipas berkeliaran pada waktu malam (Nocturnal) dan menjadikan segala sisa makanan manusia sebagai makanannya. Lipas juga mengambil segala sisa haiwan atau serangga mati sebagai makanannya (Saprophagous - Makan sisa binatang mati).
Tabiat lipas yang sentiasa berkeliaran merata tempat sambil mencari makan menjadikan ia sebagai agen pencemaran makanan yang merbahaya. Terdapat 2 spesis utama lipas yang biasa di temui di negara kita iaitu Lipas Amerika dan Lipas Jerman.
Lipas Amerika (Periplaneta Americana) banyak terdapat di dalam dan sekitar rumah penginapan manakala Lipas Jerman (Blatella Jermanica)biasanya banyak terdapat di Hotel dan tempat penyediaan makanan seperti restoran, kilang atau pusat membeli belah.

Semut
Semut merupakan sejenis serangga yang mendatangkan gangguan dan berpotensi menjadi vektor pembawa penyakit secara mekanikal. Di hospital semut Firaun (Monomorium Pharaonis) dilaporkan menyebabkan masalah kepada pesakit apabila mereka merayap di sebalik balutan anggota dan mula makan luka yang terdapat pada anggota pesakit. Mereka juga membawa bacteria seperti Salmonella, Pseudomonas dan Staphylococcus. Jika tidak dikawal semut juga boleh mencemarkan peralatan hospital yang telah di sterile.
Semut yang biasa terdapat di negara kita selain dari Semut Firaun adalah Semut Rumah (Tapinoma Sesille), semut Gila (Paratrechina Longicornis) dan Semut Api (Solenopsis Germinata).

Tikus
Tikus merosakkan pintu, lantai, siling dan dinding rumah. Tikus juga menggigit dan memutuskan wayar serta kabel di dalam bangunan. Tikus sentiasa merayau dan mencemarkan makanan apabila mereka melepaskan najis serta air kencing merata tempat. Food and Agriculture Organization (FAO) melaporkan bahawa tikus merosakkan makanan penduduk dunia sejumlah yang dapat memberi makan seramai 200 juta manusia setiap tahun. Tikus juga menjadi pembawa kepada wabak penyakit kepialu yang merebak melalui hama yang terdapat pada bulu tikus. Spesisi yang biasa terdapat di negara kita adalah Tikus Bumbung, Tikus Norway dan Tikus Rumah.

Lalat
Lalat membiak sepanjang tahun di kawasan pembuangan sampah, najis manusia dan haiwan dan juga pada sisa makanan yang telah lama atau basi. Lalat amat menggangu kepada penghuni rumah dan juga di tempat penyediaan makanan. Tabiat lalat yang sering hinggap pada tempat yang kotor dan kemudian hinggap pula pada hidangan makanan menyebabkan ia menjadi vektor pembawa penyakit seperti kolera, kepialu dan disentri. Spesis yang biasa terdapat di sini ialah Lalat Rumah (Musca Domestica).

Anai-Anai
Anai-anai merupakan serangga perosak yang amat penting dari segi ekonomi. Anai-anai makan segala kayu dan bahan yang berasaskan celulose. Anai-anai boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu, Anai-anai bawah tanah, anai-anai kayu kering dan anai-anai kayu basah.
Anai-anai bawah tanah banyak mendatangkan kerosakan kepada harta benda manusia. Adalah di laporkan bahawa sebanyak USD1.5 Bilion di belanjakan untuk rawatan anai-anai di Amerika setiap tahun. Spesis yang biasa terdapat adalah Coptotermes Formosus, Coptotermes Curvignathus, Globitermes Sulphureus, Macrotermes Gilvas dan Microtermes Distans.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Visit InfoServe for Blogger backgrounds.