LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, June 13, 2010

MENGAWAL ANAI-ANAI DENGAN TEKNIK PENGUMPANAN



Teknik umpan adalah satu teknik yang diperkenalkan sebagai pilihan atau pengganti kepada teknik menebuk lubang. Ia menjadi pilihan kerana penggunaan racun yang tidak merbahaya dalam jumlah yang amat sedikit menjadikannya amat mesra alam.

Sistem pengumpanan juga tidak memerlukan penggerudian banyak lubang di dalam atau di luar rumah yang kadangkala menyebabkan rumah berselerak dan lantai menjadi sedikit cacat kesan dari tebukan lubang.

Walaubagaimanapun harganya adalah agak mahal berbanding sistem kawalan anai-anai yang lain. Ia memerlukan pemantauan yang lebih kerap. Ia juga mengambil sedikit masa sebelum keseluruhan anai-anai dapat dihapuskan.

Teknik umpan mengawal anai-anai melalui tabiatnya yang sentiasa merayap mencari makanan dan berkongsi makanan. Umpan yang kebiasaannya mengandungi bahan pembantut pembesaran serangga atau "Insect Growth Regulator" mampu membunuh anai-anai dan seterusnya menghapuskan keseluruhan koloni anai-anai.

Stesen pemantauan anai-anai perlu ditanam di luar sekurang-kurangnya 2 kaki dari bangunan. Jarak antara dua stesen adalah antara 10 hingga 20 kaki. Jumlah stesen yang perlu ditanam bergantung kepada keadaan struktur bangunan dan tahap serangan anai-anai.

Kebiasaanya kayu pemantauan dimasukkan ke dalam stesen sehingga sejumlah anai-anai menjadikannya sumber makanan barulah umpan yang mengandungi bahan pembantut pembesaran ditambah ke dalam stesen.
Stesen-stesen yang ditanam akan dipantau sebulan atau 2 bulan sekali bagi melihat aktiviti anai-anai di setiap stesen.

Bagi bangunan yang telahpun dimasuki anai-anai, stesen umpan akan terus dipasang pada tempat berlakunya serangan. Anai-anai seterusnya mula menjadikan umpan beracun tersebut sebagai makanan dan akan berkongsi sesama mereka. Dengan meletakkan umpan terus pada tempat serangan ini, anai-anai dapat di kawal dan seterusnya dapat dimusnahkan dengan cepat dan berkesan.

Tidak banyak sistem pengumpanan anai-anai yang berada di pasaran Malaysia. Ini adalah kerana syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh kerajaan dalam mengawal pendaftaran racun makhluk perosak. Anda bolehlah bertanya kepada syarikat kawalan serangga jenis sistem yang digunakan oleh mereka dan pastikan produk tersebut diluluskan dan berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails