LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, June 13, 2010

ISTERI....

Saya ada menonton siaran TV yang memaparkan satu temuramah seorang pelakon filem perempuan Hong Kong yang terkenal yang baru melansungkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan. Temuramah tersebut berkisar tentang kehidupan pelakon filem itu yang bakal berubah setelah bergelar isteri.

Satu soalan pendek pada akhir temuramah itu amat menarik dan membuatkan saya kagum dengan jawapan artis tersebut.

Soalan terakhir yang diajukan pada artis itu adalah, "apakah visi atau matlamat artis itu sekarang ini setelah menamatkan zaman bujangnya dan bergelar isteri". Artis itu dikhabarkan akan menghentikan aktivitinya terhadap dunia lakonan dan akan menumpukan sepenuh masanya sebagai seorang isteri.


Dengan spontan artis itu menjawab, sebagai seorang wanita apabila berkahwin dia telah menyerahkan kemudi kehidupan kepada suaminya yang tercinta. Dia menerima hakikat bahawa suaminya adalah ketua kepada keluarga yang telah dibina bersama.

Dia menegaskan lagi tiada apa yang lebih utama kepadanya pada saat ini sebagai seorang isteri melainkan berusaha, memahami, membantu dan memastikan kejayaan suaminya. Baginya tiada kejayaan lain yang lebih bermakna selain daripada dapat menjadi salah satu daripada penyebab kejayaan suaminya yang tercinta.

Itulah matlamat yang telah disematkan ke dalam hatinya dan dia akan berusaha mencapai matlamat itu dengan sepenuh hati.

Saya termenung mendengar uncapan artis itu, betapa hebat falsafah kewanitaannya yang bergelar isteri. Amat beruntunglah si suami yang menerajui keluarga apabila mendapat isteri yang berfahaman sedemikian.

Jika kita mengkaji sejarah orang-orang yang hebat-hebat dan berjaya, kita akan dapati salah satu ciri-ciri utama yang dipunyai oleh orang tersebut adalah kehadiran seorang isteri yang sanggup berkorban apa sahaja hatta kebahagiaannya semata-mata demi kejayaan suaminya. Bagi mereka kejayaan suami adalah kejayaan mereka juga, kejayaan keluarga.

Ia amat selaras dengan ajaran islam yang meletakkan ketaatan isteri kepada suami berada di tempat yang amat tinggi, malah dijanjikan syurga kepada seorang isteri yang mentaati suaminya sebagai ketua keluarga. Asalkan suami tidak mengerjakan keburukan yang bertentangan dengan syariat.

Mungkin falsafah ini tidak disetujui oleh sesetengah golongan wanita yang memperjuangkan hak sama rata lelaki dan wanita, maka terjadilah pertarungan atau perebutan kuasa yang tidak sepatutnya berlaku antara kaum lelaki dan kaum wanita yang berakhir dengan kecelaruan institusi kekeluargaan juga mengkucar kacirkan masyarakat.

Teringat saya pada falsafah arwah Tok Mat, bekas Menteri Penerangan Malaysia yang ditulisnya dalam buku UMNO: Akhir Sebuah Impian.

Tok Mat mengakui bahawa dia tidak bercita-cita tinggi dalam arena politik dan tidak mempunyai impian untuk menjadi seorang presiden parti. Maka dia berazam untuk menjadi orang bawah yang baik dan sentiasa memastikan kejayaan ketuanya dengan berusaha bersungguh-sungguh, tulus dan ikhlas. Baginya itulah kejayaan yang amat bermakna bagi dirinya sebagai pembantu ketua.

Rupa-rupanya kita juga boleh menjadi orang bawah yang barjaya dan hebat, tidak semestinya kita perlu berada dikerusi ketua untuk berjaya dalam hidup kita, masing-masing dapat memainkan peranan yang amat penting. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails