LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, July 25, 2010

Nasihat Kepada MB Khalid : Jangan sudah terhantuk, baru nak tergadah!



Air merupakan sumber semula jadi dan nadi hidup kepada hidupan di mukabumi ini. Sedihnya, pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi catuan air sekiranya kerajaan Selangor tidak memberi kerjasama dalam pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ataupun Langat 2 ini.
Rakyat Selangor akan menjadi mangsa apabila krisis bekalan air berlaku di negeri ini jika kerajaan negeri masih terus berdegil enggan menerima pelan Projek loji rawatan air Projek Langat 2. Catuan air tidak hanya membawa masalah kepada pengguna, bahkan kepada sektor industri juga.
Keperluan air di Selangor akan mencapai 4,326 juta liter sehari pada akhir tahun ini tetapi mungkin mencecah 4,625 juta liter sehari berdasarkan pembangunan pesat di Selangor. Selangor akan menghadapi kekurangan air sebanyak 299 juta liter sehari bermula pada tahun 2012.
Adakah kerana kerajaan negeri gagal menguasai SYABAS maka Projek PPAMPS dijadikan mangsa dendam Khalid? Atau adakah Projek PPAMPS bakal dijadikan sebagai “ umpan “ mengugut supaya Khalid dapat mengambil alih SYABAS. Atau jika Khalid gagal mendapatkan SYABAS dan tidak mahu meluluskan Projek PPAMPS, maka lombong pasir yang begitu banyak digali tanpa dikawal di Selangor sekarang bakal dijadikan kolam takungan untuk menyalur air ke seluruh Selangor! Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Mungkin Khalid sudah berkira dari sekarang yang kolam-kolam lombong yang ada di sekitar Selangor akan penuh dalam 2 atau 3 tahun lagi. Mungkin disebabkan kemewahan Khalid membuatkan beliau tidak merasa keperitan semasa krisis air di Selangor tidak lama dahulu!
Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kepayahan rakyat ketika negara mengalami krisis air sebelum ini seharusnya dijadikan iktibar agar ia tidak berulang.
“Pelaksanaan PPAMPS tidak boleh ditangguhkan sehingga 2019 dan pelan tersebut seharusnya dimulakan segera bagi mengelak berlakunya krisis air. Pembinaan infrastruktur bekalan air mengambil masa yang panjang dan pelaburan yang tinggi bagi memastikan bekalan air mencukupi pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini .
Beliau mengulas cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya ditubuhkan suruhanjaya bagi mengkaji semula keperluan sebenar air bersih bagi Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menurut Khalid, Selangor tidak perlu terlalu bergantung kepada PPAMPS kerana berdasarkan kajian pakar menunjukkan sumber air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.
Menurut Ku Halim, pengurusan secara bersepadu perlu dirancang dari sekarang bagi memastikan permintaan bekalan air yang semakin meningkat dapat dipenuhi. “Sebagai contoh, kita perlu melihat bagaimana negara maju menguruskan sumber air. “Selain itu, proses merawat air minuman serta kegunaan harian dan industri juga perlu diasingkan agar kualiti air dapat ditingkatkan,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nazarudin Zainun berkata, sumber air perlu diuruskan dengan bijak bagi mengelakkan krisis air berlaku. “Tumpuan harus diberikan bagi menguruskan sumber air dengan baik selain penambahan peruntukan untuk memastikan permintaan air yang sentiasa meningkat dapat dipenuhi.
“Selain itu, penggunaan air yang dikitar semula terutamanya untuk kegunaan industri juga antara langkah yang wajar difikirkan dalam menangani krisis air pada masa hadapan,” ujarnya.
Untuk makluman Projek PPAMPS sedang rancak dalam pembinaan sekarang. Kerja-kerja yang dijalankan sudah boleh dikatakan sudah lebih 40%. Terowong dari Pahang ke Selangor sudah pun ditebuk. Semua dilakukan mengikut jadual dan jika kerajaan Selangor masih berdegil tidak mahu meluluskan projek tersebut, maka akan tergendala lah projek itu nanti.
Projek ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan rakyat. Loji Rawatan Air Projek Langat 2, yang bernilai RM8.65 bilion, telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menampung keperluan air bersih di tiga tempat ini sehingga tahun 2025.
Tetapi mengapa kerajaan negeri tidak mahu memberi kerjasama! Jika diberhentikan separuh jalan, siapakah yang bakal menanggung kerugian sebanyak lebih RM 8 billion ini. Janganlah nanti sudah terantuk baru nak tergadah. Ketika itu tiada rotan, akar pun berguna.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails