LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, August 15, 2010

ANASIR KOMUNISME DALAM KERAJAAN PAKATAN SELANGOR

Adakah ianya secara kebetulan, tidak sengaja atau terlepas pandang. Yang pasti apa yang Gelombang Wangsa Maju (GWM) ingin katakan sememangnya terdapat bukti anasir dan unsur komunisme sudah menular ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan Negeri Selangor.


Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai bukti kesahihan sudah wujud anasir sosialisme dan komunisme yang cuba diterapkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan memanipulasi pemikiran rakyat Selangor khususnya.


Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Selangor 2011.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke 40/l2OO9 yang di adakan pada 9 Disember 2009 lalu telah meluluskan penggunaan logo Selangor Shines sebagai simbol rasmi kempen Tahun Melawat Selangor 2011.
Apa sebenarnya bentuk logo Selangor Shines?
Mengapa GMW mengatakan terdapat anasir komunisme yang cuba diterapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam merekabentuk logo yang sememangnya mempunyai 99% persamaan dengan Parti Komunis Malaya! (Bintang Tiga).
Cuba lihat dengan sebaik baik mungkin persamaan 3 bintang pada logo Selangor Shines dan logo 3 bintang pada Parti Komunis Malaya!



Mengapa kedudukan 3 bintang pada logo Selangor Shines sama sahaja dengan kedudukan 3 bintang pada Parti Komunis Malaya?
Apa rasional dan mengapa mesti 1 bintang dibuat lebih besar dari 2 bintang berikutnya?

(GWM tak perlu perjelaskan dengan lebih mendalam takrif, definasi, matlamat perjuangan komunisme kerana logo Selangor Shines sememangnya sudah menunjukkan sifat sifat asas komunisme.)
Kebetulan? Tidak mungkin ianya kebetulan, melainkan sememangya kedudukan 3 bintang itu mewakili (represents) rasional logo Parti Komunis Malaya.
Rasional dan penjelasan dalam merekabentuk logo Selangor Shines nyata cukup lemah dari segi dasar dan perlaksanaan, melainkan jika tujuan sebenar sememangnya mahu menerapkan unsur unsur komunisme ke dalam pentadbiran secara senyap.
Jika bintang dikatakan subjek asas pembentukan logo berpandukan kononnya tiga bintang adalah mewakili 3 rumpun bangsa utama di Sealngor yang juga mewakili keharmonian berbilang bangsa (unity), maka penjelasan yang diberikan adalah bodoh, remeh temeh dan lemah.

Dibawah adalah contoh penggunaan logo berkaitan keharmonian (unity).

Bintang yang terdapat pada bendera Negeri Selangor malah pada bendera Malaysia telah menyatakan dengan jelas bahawa Selangor adalah negeri Islam dan lima bucu bintang melambangkan lima Rukun Islam.

Apakah syarikat yang merekabentuk logo Selangor Shines ini tidak peka dengan isu berbaur politik dan sensitif atau sememangnya di atas arahan pihak tertentu mahu melakukan provokasi dan memanipulasi pemikiran rakyat (mind control).
GWM sudah memberi pandangan dan bukti dari segi teknikal memang benar logo Selangor Shines mengandungi anasir anasir komunisme.
Apa yang lebih musykil adalah para pemimpin Melayu dari kalangan PKR dan PAS yang kelihatan buta mata dan buta hati mengenai fakta sejarah. Adakah para pemimpin Melayu pakatan pembangkang ini telah lupa fakta sejarah, lupa bagaimana bentuk logo 3 bintang Parti Komunis Malaya…
Atau sememangnya buat buat lupa demi menjaga hati rakan kongsi besar dalam DAP dan PKR yang berbangsa Tionghua sehingga sanggup mengkhianati bangsa sendiri!
GWM tidak berniat mahu membangkitkan emosi yang meremukkan dan menyiat nyiat hati para pejuang Kemerdekaan dan para nasionalis Melayu.
Namun, kita tidak pernah lupa dan tidak akan lupa bagaimana Parti Komunis Malaya atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah mengambil pemerintahan di Malaya selama 2 minggu (setelah Tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945) dan membunuh ramai orang orang Melayu atas alasan mereka ini Talibarut Jepun.
Kerajaan Negeri Selangor dan pakatan haram pembangkang perlu memberi penjelasan siapakah yang meluluskan rekabentuk logo berkenaan walaupun telah diputuskan di dalam MMKN.
Kerajaan Negeri wajib mengharamkan penggunaan logo tersebut dan menukar kepada logo yang lain. Logo yang sedia ada sememangnya cukup jelas kelihatan sama dengan logo Parti Komunis Malaya.
GWM mendesak supaya Kerajaan Negeri Selangor membuang penggunaan logo Selangor Shines yang sama identiti dengan logo Parti Komunis Malaya.
GWM meminta supaya kesemua Blogger Pembela Negara (BPN) dan para blogger pro Kerajaan untuk sebarkan artikel ini kerana jelas sudah ada anasir anasir komunisme cuba diterapkan ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan dibawah pemerintahan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails