LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Tuesday, August 3, 2010

BONTOT PEMIMPIN DAP SELANGOR PANASSSS…..

KEPIMPINAN DAP Selangor mula berkecamuk. Pecat memecat mula menyerang parti itu. Lanjutan dari isu pecat, timbul pula kenyataan tidak puas hati. Jawatankuasa desiplin DAP Selangor semakin sibuk mengambil tindakan. Keadaanya semakin kritikal. Serba tak kena dan saling bertentangan sesama sendiri. Tutup kepala, kaki terbuka, tutuk kaki, kepala terjojol keluar.
Berdasarkan berita-berita yang disiarkan (m-Star), terbukti bahawa segala permasalahan timbul kerana ‘harta rompakan’. Mereka bukan marah kerana melanggar undang-undang tatapi, marah kerana tak dapat peluang.
Keberanian merompak di Selangor tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin kecil DAP yang lain. Mereka pun mahu juga. Agihlah harta samun itu sama rata, sama rasa. Ini tidak… yang dapat orang tertentu aje… Mana boleh…. Yang lain nak merasa juga…
Apa yang berlaku dalam DAP Selangor itu mengingatkan penulis kepada watak penyamun dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’, lakonan Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Mereka saling bertengkar sesama sendiri kerana mendakwa pembahagian harta rompakan tidak adil.
Sebagai manusia, kepuasan hati susah dicapai. Walaupun pembahagian dibuat secara: “Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku….”, rasa tak puas hati masih timbul. Tamak mula meguasai diri dan akhirnya berbalah sesama sendiri.
Begitulah agaknya yang terjadi kepada kepimpinan DAP Selangor yang sedang diperhatikan oleh rakyat.
Krisis mula tercetus apabila pada 27 Julai lalu, ahli veteran DAP, Tee Boon Hock – Ahli Majlis Perbandaran Klang, didakwa kerana mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada majlis perbandaran tempat beliau berkhidmat sejak Julai 2008.
Beliau didakwa menyalahgunakan kepala surat exco Selangor, Ronnie Liu, bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya. Sementara Ronnie Liu pula dilaporkan mengesahkan terdapat penyalahgunaan kepala surat seperti yang didakwa.
Dalam satu kenyataan mempertahankan diri, Boon Hock mendakwa Ronnie Liu mengetahui mengenaqi sokongan dan kepala surat yang digunakannya. Pemecatan Bonn Hock menyebabkan sekumpulan penyokongnya berhimpun di luar pejabat DAP Pandamaran bagi memprotes pemecatan ahli MPK itu.
Isu itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Kim juga dihadapkan ke jawatankuasa desiplin DAP ekoran satu tweet yang dibuatnya berkaitan pemecatan Tee Boon Hock.
Menurut Pengerusi jawatankuasa desiplin DAP, Tan Kok Wai, Teng diperlukan memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu mengenai maksud mesej tweetnya berbunyi: “OMG! Pelaku sebenarnya dibebaskan”, pada satu perbicaraan yang ditetapkan pada 12 Ogos nanti.
Menurut Tan: “Jika dia mengatakan orang yang bersalah dibebaskan, ini bererti bahawa orang yang tidak bersalah telah dihukum. Ini sama saja seperti mempersoalkan kredibiliti jawatankuasa disiplin. Ini bermakna jawatan disiplin bertindak tidak adil dan tidak profesional dengan mendakwa individu yang tidak bersalah.”
Nampaknya, pemimpin DAP Selangor sedang panas bontot. Dan Ronnie Liu – kepala kepada segala kekalutan dalam kerajaan dan negeri Selangor, sedang berusaha membersihkan diri. Dan tindakan membersihkan nama baik DAP dibuat bagaikan Parti Komunis menyelesaikan masalah dalaman.
Itulah akibatnya apabila manusia dari organisasi ‘kongsi gelap’ diterima sebagai ahli politik dan seterusnya diangkat menjadi MP dan juga ADUN serta exco mentadbir negeri. Bayangkan kalau mereka itu menjadi pentadbir negara di peringkat kerajaan pusat. Agak mengerikan jika disebut. Minta dijauhkan Allah swt.
Organisasi politik telah bertukar menjadi ‘kumpulan kongsi gelap’. Yang lebih berkuasa boleh bertindak apa saja demi menjaga keselamatan dirinya. Tidak ada ertinya sahabat atau kawan dalam organisasi seperti itu. Yang lemah akan jadi mangsa yang kuat. Dan nyawa juga sentiasa berada di hujung tanduk.
Lantaklah…. Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Kita hanya mampu melihat dan mendengar dari jauh. Adakah ini menandakan oa dan sumpah seranah kaum Melayu/Islam menjadi dan termakbul? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. KerajaanNya jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada mana-mana kerajaan manusia di mayapada ini.
Pak Sulung: Sedang menanti untuk melihat dan mendengar bagaimana pemimpin MCA dan Gerakan mengeksploitasi isu ini untuk mengembalikan sokongan kepada dua parti komponen BN yang telah ditolak oleh kaum Cina sejak PRU-12 lalu. Kalau peluang ini tidak mereka ambil, bererti mereka bersetuju dengan semua tindak-tanduk DAP yang terang-terangan memusuhi kaum Melayu dan anti Islam serta berhasrat menghapuskan institusi Raja-raja Melayu. Lu fikirlah sendiri….

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails