LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Saturday, August 28, 2010

Faizal Tahir Selamat Kembali Dari Lubnan Untuk Misi Bebaskan Palestin

faizal tahir di lubnan
Tahniah saya ucapkan kepada penyanyi lelaki nombor 1 Malaysia, Faizal Tahir yang telah berjaya menjejakkan kakinya ke Lubnan untuk Misi Bebaskan Palestin. Walaupun tak berjaya menjejakkan kaki ke Gaza, misi Faizal Tahir dikira berjaya sebab banyak berjumpa dengan pelarian Palestin di Lubnan.
Faizal Tahir telah merasai pengalaman di Lubnan selama 6 hari iaitu dari 12 Ogos hingga 17 Ogos baru-baru ini. Kami kagum dengan kata-kata yang dilontarkan oleh FT semasa sidang media berkaitan misi yang dia sertai:-
Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa sebak dan sedih bercampur baur terutama bila melihat keadaan mereka yang cukup daif. Namun saya cuba kawal perasaan sedih yang menyelubungi diri saya ketika itu. Tapi, apabila melihat keperitan mereka, saya rasa bersyukur tidak terhingga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Wujud pula keinsafan, saya mula terfikir rupa-rupanya masalah yang saya alami sebelum ini tidaklah sebesar mana sebagaimana yang ditanggung masyarakat di sana. Bayangkanlah, dengan keadaan kem yang begitu kecil, ia telah diduduki oleh beribu penduduk di dalamnya. Sudahlah begitu, dengan wayar elektrik yang tidak sistematik, ia nampak berselirat dan menjadikan tempat itu tidak terurus serta tidak selesa untuk didiami.
Yup memang sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan negara kita ini. Walaupun sebenarnya kita masih boleh jadi lebih maju dari sekarang kalau ditadbir secara adil, tapi sekurang-kurangnya kita taklah seteruk Palestin. At least makan minum kita masih terjaga.
Buat Faizal Tahir, tahniah saya ucapkan kepada anda kerana membuktikan yang selebriti kita jugak prihatin dengan apa yang sedang terjadi di dunia sebelah sana. Semoga terus maju jaya selepas ini. All the best dari saya
P.S: Jahat sungguh Google menjatuhkan maruah PM kita. Cian Najib.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails