LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, August 15, 2010

Siapa disebalik cadangan nak menjual Bangunan Yayasan Selangor dan Projek pembersihan Sungai Klang?


Desas desus mengatakan yang kerajaan negeri Selangor mahu menjual bangunan Yayasan Selangor yang lokasinya terletak di Bukit Bintang. Yang menariknya alasan yang diberikan oleh MB Khalid Ibrahim adalah diatas dasar perniagaan? Menurut Khalid Ibrahim ada syarikat dari Singapura berminat dan sanggup membeli bangunan tersebut dengan harga RM300 juta.
Adakah ini peluang untuk mereka mengumpul dana bagi menghadapi kempen PRU13 nanti setelah kita sedia maklum bahawa ekonomi Selangor sekarang berada di dalam keadaan tenat. Nampak sangat mereka secara terang-terang memberi peluang kepada firaun-firaun PAP yang didokongi oleh DAP untuk mula bertapak di Malaysia.
Akibatnya nanti aset-aset berharga yang dibina untuk kepentingan orang-orang Melayu sebelum ini bakal tergadai dek kerakusan Pakatan rakyat mencari dana kempen mereka. Ianya juga menunjukkan salah satu bukti bagaimana DAP cuba mengawal segala keputusan MB Khalid di dalam pentadbiran Selangor sekarang. Sepertimana berlaku di negeri Perak sebelum ini iaitu ” tangan-tangan ghaib di belakang pentadbiran MB Khalid “.
Dan untuk Sungai Klang pula, MB Khalid mencadangkan Projek Pembersihan Sungai Klang dilakukan dan pada 18 Mei 2009 lawatan ke Singapura telah dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.
Apa yang menjadi pertikaian sekarang adalah tanah-tanah rizab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang? Pertukaran ini menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?
Setelah dibangunkan nanti adakah orang Melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan? Sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, bakal berlaku juga di Selangor nanti.
Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim. Bermakna jika dilihat pada nama-nama yang telah disebutkan ini, MB Khalid Ibrahim sebenarnya sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.
Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan? Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.
Sebab itu sebenarnya rakyat Selangor kini “sedang menangis” kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja. Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli akan nasib rakyat? Di lihat MB Khalid terus mempercayai kroni beliau sendiri samada yang baru dan lama dikenali..!
Pelik tapi benar! MB Khalid sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang besar iaitu RM 2 billion setahun ( RM50 billion untuk 15 tahun )untuk Projek Pembersihan dan Mencantikkan Sungai Klang, tetapi menolak Projek Rakyat iaitu Projek Langat 2 oleh kerajaan Pusat sebanyak RM8 billion. Adakah rakyat negeri Selangor bakal ” menangis lagi” pada tahun 2014 nanti untuk menghadapi satu lagi krisis air! Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails