LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Thursday, September 30, 2010

Mati Itu Pasti - Bersedialah!


Awal pagi lagi dah ada missed call!, saya tangguh untuk telefon balik panggilan dari pejabat seorang kawan yang menjalankan perniagaan kawalan serangga di kawasan utara tanahair. Mungkin ada hal kerja yang nak ditanya, sangka saya kerana semua kerja di utara saya kontrakkan kepada dia. Saya akan telefon pejabatnya apabila sampai di pejabat saya nanti.


Sesampai saja di pejabat saya menelefon nombor yang tertera di skrin mobile saya, bunyi nada dering bersahutan tapi tak ada orang jawab, hairan juga kenapa tak ada orang menjawabnya sedangkan ini hari kerja. Saya telefon terus nombor telefon bimbit kawan saya,Norin. Namanya macam perempuan sikit tapi dia lelaki.


"halo!", terdengar suara perempuan menjawab, saya sangkakan saya silap nombor. "Ini bukan nombor cik Norin ka?", tanya saya.
"Ya, ini nombor dia" jawab wanita itu. "Boleh saya cakap dengan dia", tanya saya.
"Cik Norin meninggal", tersekat-sekat wanita itu menjawab.
"Innalillahi wainna ilaihi rojiunnnnn", saya tergamam tak percaya. "Bila, kena apa, patutlah saya dapat panggilan dari pejabatnya awal pagi tadi, rupanya nak beritahu hal nilah", saya bertanya kehairanan.
"Pagi tadi, kena serangan jantung. Sekarang ini ada kat masjid untuk di mandikan, dikafankan sampai disimpan di perkuburan di sini", jawab wanita itu, sedih.
"Dengan siapa saya bercakap ni", tanya saya ingin tahu.
"Saya Siti Fatimah, isteri dia", jawabnya.
"Saya ucapkan takziah pada puan, bersabarlah", saya menjawab.
"Terima kasih", jawabnya ringkas lalu menamatkan perbualan.

Saya terduduk termenung seketika. Rasa tak ada mood untuk buat kerja. Terbayang wajah Norin, dengan senyuman cerianya. Terbayangkan ketulusannya, kesopanannya, semangat kuat berusahanya.

Setiap kali saya turun ke utara saya akan menemuinya, kami sering berbincang di kedai kopi sebelah pejabatnya di pekan Kulim. Dia lebih lama berniaga daripada saya, telah berkali jatuh dan bangun, dan hasil kerja kuat dan kegigihannya, dia telah maju.

Dia masih seperti dahulu, bercita-cita tinggi untuk menyara isteri serta anak-anaknya, mahu membuktikan bahawa melayu juga mampu menjadi usahawan berjaya. Kami sering bertukar-tukar pengalaman, nasihat menasihati. Kerja di sini dia akan memberikan pada saya, jika saya dapat kerja di utara pula saya berikan pada dia.

Semua yang telah diusahakan Norin kini telah ditinggalkan pada yang masih hidup, segala perniagaan, asset, wang, dan lain-lain, tiada satupun yang dibawa bersamanya. Semua itu sudah tidak bermakna lagi, tak penting lagi, dia hanya membawa kain putih yang dibalut menyelubungi tubuhnya. Yang menjadi bekal untuk perjalanan seterusnya hanyalah segala amalan baiknya ketika dia masih hidup sebelum ini.

Saya terfikirkan jika saya berada di tempatnya sekarang, adakah berbaloi saya berkerja bertungkus lumus membesarkan syarikat?, adakah saya memerlukan wang serta asset yang banyak?, selamatkan saya di alam barzakh?.

Norin masih lagi muda, baru lewat empat puluhan atau awal lima puluhan, namun mati datang dengan tidak disangka-sangka!, tiada sesiapa tahu bila masanya. Giliran Norin sudah tiba, giliran saya entah bila, mungkin esok atau lusa, dia pasti akan tiba.

Saya jadi tak ada semangat. Saya perlu bersedia menghadapi kematian. Saya perlu menyediakan bekal, tapi bagaimana?, cukupkah dengan apa yang telah ada?, saya sering lupa, seolah-olah dunia setakat ini saja!.

"Saya akan pastikan segala usaha saya, perniagaan saya, amalan saya, dapat dijadikan kebajikan dan amalan yang boleh saya sandarkan sebagai bekal, tiada lagi cara yang lebih selamat melainkan semuanya dilaksanakan dengan penuh kejujuran semata-mata mencari redha Allah Subhanahuwataala....amin"

Moga Allah cucuri rahmatnya keatas Norin sahabat saya dan dimasukkan dia bersama dengan golongan hambaNya yang soleh. Al_Fatihah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails