LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Thursday, September 2, 2010

MELAYU ISLAM SELALU BERKORBAN......DAN TERKORBAN!


Bolehkah kita percaya wakil rakyat DAP Serdang Teo Nie Ching masuk ke ruang solat surau Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk sampai sumbangan Raya bukan untuk tujuan politik.

Saya tergelak membaca kenyataan pemimpin DAP dan PAS yang sibuk nak membela wakil rakyat itu. Kalau namanya wakil rakyat dan orangnya pula dari parti politik mustahil ia bukan kerana nawaitu politik.

Saya tidak fikir Teo Nie Ching nak ke situ suka-suka kerana bermimpi malam sebelumnya untuk mendekatkan dirinya dengan Islam. Tolong jangan bagi orang ketawa.Siapa kita nak tipu ni. Diri sendiri kot?

Lepas itu kita tengok pula Ahli Parlimen Selayang William Leong dari parti PKR di dalam Masjid At-Taqwa Selayang Baru sampaikan sumbangan. Apakah dia juga masuk ke masjid kerana ikhlas nak dekatkan diri dengan Islam macam kata Tok Guru Nik Aziz ?

Saya tengok macam-macam pelik dah berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sejak puak pakatan rakyat berkuasa. Tolong jangan anggap pandangan saya ini perkauman.Saya lebih melihat kepada apa yang tersirat dari segi politik.

Peliknya kita orang Melayu terus membuka diri kepada segalanya tetapi di pihak bukan Melayu menutup diri mereka. Dalam banyak hal mereka masih menutup diri mereka serapatnya untuk ditembusi. Lihat saja dalam bidang ekonomi.Cuba tanya orang PAS yang hebat-hebat itu apakah mereka membuka peluang orang Melayu masuk bidang perniagaan yang mereka kuasai.

Karpal Singh pula masih tak terima perlaksanaan undang-undang hudud sedangkan PAS terhegeh-hegeh nak menagih sokongan DAP. Semua ini adalah secebis contoh kecil.Banyak yang boleh disenaraikan.

Jadi saya terus ketawa melihat bagaimana PAS gilakan undi orang bukan Melayu hingga semuanya nak dilondeh. Selepas buka masjid dan surau kita nak buka apa lagi ?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails