LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!

Sunday, October 3, 2010

Ada apa dengan iklan raya TV3?

Saya tidak berminat untuk bercerita mengenai mesej-mesej tersirat yang terkandung di sebalik iklan raya milik TV3 ini, tetapi ingin membincangkan mengenai di sebalik kritikan-kritikan orang ramai terhadap iklan tersebut. Kepada mereka yang masih belum menonton iklan tersebut atau belum mengetahui mesej-mesej tersirat yang terkandung di dalam iklan tersebut, bolehlah klik di sini. Saya lebih cenderung untuk mengambil sikap bersederhana, tidak terlampau mempercayai dan tidak terlampau menolak apa yang diperkatakan dalam blog tersebut.
Saya berasa kagum dengan masyarakat kita sekarang, yang cukup prihatin dalam menjaga sensitiviti hal-hal berkaitan Islam. Kita pernah dikejutkan dengan satu video yang mempersendakan zikir tidak lama dulu. Tidak kira umur dan lapisan masyarakat, mereka bersatu terus menkritik empunya badan di dalam video tersebut. Begitu juga dengan iklan yang baru naik disiarkan tidak sampai setengah hari itu. Anda boleh melihat bagaimana di setiap page utama di facebook telah mewujudkan satu post berkaitan ini. Tambah pula, terdapat pelbagai page baru pula dicipta khas untuk mengkritik iklan ini. Ya!, saya sangat-sangat menyokong usaha sedemikian ini. Tetapi saya cukup terkilan, di sebalik kritikan-kritikan atas alasan menjaga sensitiviti hal-hal berkaitan Islam ini, kita sendiri sebenarnya tidak menjaga sensitiviti agama sendiri. Sama ada kita sedar atau tidak, banyak perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian benar-benar menghakis keislaman dalam diri sendiri. Mereka berkata “iklan ini memalukan Islam”, walhal yang sedang komen sedemikian sendiri lupa atau buat-buat lupa yang mereka sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Bukankah itu juga salah satu perkara yang memalukan Islam itu sendiri? Kemudian mereka berkata "Celaka betul kepada mereka yang hina Islam ini", tetapi saya khuatir anda mencelakakan diri sendiri juga, di sebalik anda mempersendakan agama dengan menolak untuk beramal dengan Hukum Islam itu.
Juga dalam isu pembuangan bayi, tidak terkecuali dalam mendapat perhatian meluas di mana-mana sahaja. Saya pernah menonton satu video yang mengisahkan pembuangan bayi yang tersebar cukup meluas di facebook. Video itu tampak menginsafkan sehinggalah ada seorang rakan ini memberi komen “bodoh punya manusia, apa la bangang sangat hidup macam tak bertamadun”. Sekali imbas, mesej yang diberi agak pedas tetapi tidak menghairankan kerana ianya sejajar dengan video yang ditontonnya. Namun amat menyedihkan apabila melihat gambar profilenya terang-terangan memaparkan gambar sendiri sedang berpasang rapat dengan kekasihnya. Jika diikutkan hati, hendak sahaja ingin di’printscreen’kan untuk berkongsi di sini, namun untuk menjaga sensitiviti ramai atas alasan ‘elak pengaiban’ terpaksa dilupakan sahaja niat itu. Mereka menghentam sipulan-sipulan ini berzina, sedangkan mereka sendiri sedang mendekati zina! Astagfirullah...
Dalam isu yang lebih besar lagi, pencerobohan zionis ke atas kapal Mavi Marmara turut menjadi tumpuan kritikan ramai. Masing-masing menukarkan gambar serba hitam pada gambar profile facebooknya. Saya tidak pasti dengan penukaran gambar profile serba hitam itu dapat membantu menakut-nakutkan zionis atau tidak, tetapi yang pasti di sebalik tindakan ramai yang maki hamun zionis itu, mereka tidak sedar sedang mengayakan hidup dengan cara yahudi. “Yahudi, Go to Hell”, “Mampus lah kau Yahudi”. Begitu semangat mereka menghemburkan kata-kata maki-makian, tetapi selang 5 minit kemudian, mereka menggayakan kembali cara hidup yahudi, berkepit antara laki perempuan tanpa batasan, wanita pula terang-terangan memakai pakaian sempit dengan tudung singkat hasil olahan Yahudi sendiri. Sambil-sambil itu, mereka menghirup rokok yang tertulis 'made in Israel'. Tidak hairanlah, apabila musim piala dunia tiba, sekelip mata gambar profile serba hitam itu tadi tiba-tiba bertukar menjadi gambar jersi piala dunia pula.
Bukan niat saya untuk mempertikai sesiapa, malah saya sangat menyokong segala usaha penentangan terhadap mereka yang cuba untuk mempermainkan Islam. Tetapi setiap tindakan kita seharusnya selari dengan gaya hidup kita sebagai seorang Islam. Ustaz Pahrol Md Juoi pernah membincangkan hal ini dalam komentar beliau iaitu Mari Demonstrasi Hari-hari. Beliau menyebut betapa kita lantang berdemonstrasi di sana sini tanpa jemu menghentam serta mengkritik kekejaman zionis, sedangkan kita sendiri secara tidak langsung menyokong zionis. Laungan "Laknat zionis!" bergema, tetapi tengok-tengok yang melaungkannya adalah pasangan kapel. Agak pedih sekali masyarakat kita yang cukup bersemangat sekali dalam menghentam tindak tanduk kekejaman yahudi tetapi sambil-sambil itu mereka mempraktikkan budaya yahudi.
Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang-orang Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (Al-Baqarah:120).
Alangkah baiknya jika setiap kritikan yang kita lontarkan itu dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan. Apa yang penting, kita mempersiapkan diri kita secukupnya. Ingat, Yahudi cukup takut jika jumlah bilangan jemaah solat subuh menyamai jumlah bilangan jemaah solat jumaat. Dengan itu, Insyaallah suatu hari nanti, tiada siapa gentar untuk mempermain-mainkan Islam lagi. Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails