LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Saturday, October 23, 2010

Allah Naikkan Sesiapa Yang Dia Mahu, Turunkan Sesiapa Yang Dia Mahu!


Majlis tandatangan penyerahan bangunan 4 tingkat bekas
bangunan Umno Kelantan kepada Pas
Jika kita peka dengan segala kejadian yang berlaku disekeliling kita terutamanya dalam segala peristiwa yang berlaku di negara kita tercinta Malaysia maka banyaklah ayat-ayat Allah dalam bentuk kejadian dan peristiwan yang berupa peringatan agar kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang kerdil yang pakaian kesombongan tidaklah layak untuk kita sematkan di dalam hati kita.

Banyak peristiwa sebagaimana peringatan Allah di dalam surah Al_imran ayat 26 yang membawa maksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"


Kita telah melihat Anwar Ibrahim dari seorang pemimpin nombor 2 negara jatuh terperosok ke dalam penjara, Chua Soi Lek dari seorang menteri jatuh terkeluar menjadi orang biasa, orang-orang hebat dalam dunia korporat suatu masa dulu tiba-tiba hilang dari dunia glamor mereka seperti Tajudin Ramli dan lain-lainnya.

Kita juga melihat seorang penjual kaset nyanyian menjadi orang penting dalam industri penerbangan Air Asia, kita melihat seorang pengangkut lori beras menjadi taikun no 8 terkaya di Malaysia.

Kita juga melihat kejatuhan pemerintahan BN di beberapa negeri kepada pemerintahan PR, ada yang jatuh kemudian naik balik sebagaimana yang berlaku di Perak, kita melihat pemerintahan BN daripada menguasai 2/3 kerusi di Parlimen jatuh kurang daripada 2/3, kita melihat bagaimana pentadbiran masjid-masjid dikuasai oleh orang Umno jatuh ke tangan Pas sekelip mata dan bermacam-macam lagi.

Hari ini kita melihat satu lagi peristiwa sebuah bangunan di Kelantan yang dikuasai oleh Umno telah jatuh ke tangan Pas. Usahlah kita hairan serta gusar kerana ayat di atas sentiasa berlaku sehingga ke akhir zaman untuk kita memperhambakan diri kita kepada Allah sebenar-benar yang memiliki segala kuasa Pemerintahan.

Syabas! Pas dan jangan angkuh dan lupa bahawa Allah yang menaikkan sesiapa yang Dia mahu dan menjatuhkan sesiapa yang Dia mahu. Mari kita lihat selepas ini percaturan apa pula yang bakal terjadi...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails