LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Tuesday, October 12, 2010

PBT HILANG FOKUS DENGAN TUGAS


Pertamanya saya mengucapkan selamat Hari Raya Aildilfitri. Semoga amal kita sepanjang bulan Ramadhan yang lalu diterima dan diredai Allah. Aidilfitri – kembali ke fitrah amat bertepatan dengan matlamat insan kembali pada asal dan tujuan hidup iaitu penuh kesucian serta pengabdian kepada Pencipta.
Mengambil pengajaran dari ’aidilfitri’, maka fokus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang kelam-kabut perlu dikembalikan. Pada pengamatan saya setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, beberapa isu melibatkan PBT yang sebelum ini tidak pernah timbul, menjadi polemik dalam masyarakat.
Fokus PBT
‘Kerajaan Tempatan’ (KT) ialah “Satu cara pentadbiran sesebuah negara di peringkat bawahan iaitu melalui pentadbiran daerah menerusi pegawai daerah, jabatan, agensi atau perbadanan negeri tertentu”. Manakala PBT pula adalah “Unit-unit atau bahagian-bahagian tertentu dalam sistem pentadbiran kerajaan tempatan itu sendiri”.

Ringkasnya PBT atau KT adalah unit kecil yang mentadbir kawasan-kawasan bertaraf bandar. Fungsi utama PBT ialah menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan perbandaran bagi kesejahteraan, kebajikan dan kualiti hidup rakyat yang baik di kawasan pentadbiran mereka.
Di Selangor, ada 12 PBT. Dua bertaraf Majlis Bandaraya iaitu Shah Alam (MBSA) dan Petaling Jaya (MBPJ). Enam bertaraf Majlis Perbandaran iaitu Subang Jaya (MPSJ), Klang (MPK), Selayang (MPS), Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKj) dan Sepang (MPSp). Manakala empat lagi bertaraf Majlis Daerah iaitu Kuala Selangor (MDKS), Hulu Selangor (MDHS), Sabak Bernam (MDSB) dan Kuala Langat (MDKS).
Kewangan PBT Meragukan

Soal mengutip cukai dengan berkesan adalah antara fokus penting PBT. Tanpa kewangan yang kukuh mustahil PBT dapat bergerak menyedia dan menyelenggara pelbagai kemudahan dan perkhidmatan perbandaran untuk rakyat.
Namun saya sebenarnya sangsi dengan tahap kewangan PBT kita terutamanya yang bertaraf Majlis Daerah. Ini terbukti apabila kerajaan negeri terpaksa meluluskan bajet RM 1 juta bagi pembiayaan kutipan sampah yang diuruskan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. di kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada sidang DUN bulan Julai lalu.
Ini menandakan kewangan di PBT tertentu tidak kukuh, malah untuk membiayai kos yang perlu pun tidak mampu. Soalnya bagaimanakah status kewangan sebenarnya PBT-PBT tersebut? Adakah di masa hadapan akan ada lagi bajet tambahan untuk mereka?
Janji Turun Cukai
Kita jangan lupa manifesto Pakatan Rakyat di Pilihanraya 2008. Antaranya mengurangkan cukai pintu kediaman – 20% dan cukai premis komersial – 10%”. Memang seronok mencanang ’gula-gula’ untuk memikat rakyat. Namun apabila berkuasa ia tidak boleh dilaksanakan. Janji ini menjejaskan fokus PBT yang seharusnya terus mengukuhkan sumber kewangan bagi membiayai perkhidmatan mereka.
Janji ini hanyalah pembohongan Pakatan Rakyat terhadap masyarakat bandar di Selangor. Sehingga kini tiada sebarang penurunan. Hakikatnya mereka tersilap perhitungan dan telah menipu hidup-hidup rakyat Selangor keseluruhannya.
Malah lebih mengejutkan ada laporan di Pekan Hulu Yam misalnya, penduduk menerima surat kenyataan tuntutan cukai taksiran pada kadar yang dinaikan. Surat tersebut mencatatkan kenaikan sehingga 32.87 peratus iaitu hampir sekali ganda daripada jumlah tahun lepas. Jika benar ini jelas menyalahi janji dan tidak wajar.
Ternyata Pakatan Rakyat tersilap perhitungan apabila berjanji untuk menurunkan cukai tersebut. Jika langkah tersebut diteruskan, sudah pasti bangkraplah semua 12 PBT yang ada di Selangor. Justeru, kerajaan Barisan Nasional amat berhati-hati dan tidak semudah itu mahu menurunkan cukai. Setiap cukai yang dibayar adalah rasional dan berpadanan dengan tahap perkhidmatan yang diberikan.
Saya lihat kerajaan negeri ada cara senyap untuk menambah kewangan PBT ketika kadar cukai tidak dapat diturunkan. Ini terbukti kerana bermula 1 Mac 2009, PBT menaikkan denda RM20 bagi cukai yang lewat dibayar. Ini mengambil kesempatan terhadap rakyat yang mungkin terlepas pandang untuk membayar cukai.
Pilihanraya PBT Tidak Perlu
Polemik pilihanraya PBT saya lihat membazirkan sumber dan menghilangkan fokus kita tentang perkara-perkara yang lebih penting. Pakatan Rakyat beria-ia mahu melaksanakan pilihanraya PBT kononnya untuk menyuburkan demokrasi.
Hakikatnya demokrasi memang sedia subur dengan sistem pilihanraya peringkat Parlimen dan Dewan Undangan yang ada sekarang. Struktur pilihanraya ini terbukti stabil dan berjaya membangunkan negeri dan negara, kenapa perlu ditambah atau dipinda?
Saya juga menyambut baik pandangan YAB Perdana Menteri bahawa pilihanraya peringkat PBT ini hanya akan menyebabkan masalah politiking yang berleluasa. Dua peringkat pilihanraya sudah memadai dan jika ditambah di peringkat PBT maka akan lebih berpolitiklah PBT daripada menunaikan core business-nya iaitu menjaga kesejahteraan, kualiti hidup dan kemajuan penduduk bandar.
Ia juga ada implikasi dari sudut perundangan kerana perkara ini telah dimansuhkan dalam akta 171 Kerajaan Tempatan. Maka itu pihak berkuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak dapat melaksanakan. Jika mahu juga dilaksanakan maka kajian perlu dibuat dan akta perlu dipinda. Maka ini akan membazirkan sumber tenaga, wang dan masa.
Ini juga akan meningkatkan perbelanjaan kewangan negara. Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk mengadakan pilihanraya umum atau kecil di peringkat Parlimen serta DUN. Daripada dibazirkan wang rakyat, lebih elok ia disalurkan untuk projek dan program kesejahteraan rakyat di bandar.
Ahli Majlis Hilang Fokus
Saya juga melihat sikap tidak cermat Pakatan Rakyat dalam menentukan calon-calon ahli majlis. Perlantikan Ahli Majlis di PBT biasanya ditentukan dan dikuasai oleh parti yang memerintah. Namun akibat kegelojohan umpamanya, ada ahli majlis di Ampang Jaya yang dilantik tetapi mempunyai rekod jenayah samun dan kongsi gelap.
Parti yang dikatakan Pakatan Rakyat juga kurang ’berpakat dan bermuafakat’ dalam lantikan ahli majlis dilakukan berperingkat. Di satu ketika, misalnya di Ampang Jaya, yang dikeluarkan surat pelantikan semula 18 orang, sementara enam yang lain tidak diberikan. Ini dipersoalkan sendiri oleh ADUN Pakatan.
Lantikan terus ahli majlis pun banyak masalah yang menjejaskan fokus PBT, bagaimana lagi kalau diadakan pilihanraya? Sedangkan sebagai ahli majlis mereka perlu fokus membantu rakyat memelihara dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Saya terus mempersoalkan fokus ahli majlis. Adakah mereka mahu berkhidmat atau sibuk melobi kerja-kerja kontrak? Ini terbukti apabila ada ahli majlis menggunakan kepala surat EXCO Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan tender. Sedangkan Pakatan Rakyat pernah berjanji untuk mengelakkan penglibatan ahli majlis dalam pemilihan kerja-kerja kontrak.
Pusat Hiburan Menjejaskan Sosial
Kerajaan negeri melalui PBT juga tidak fokus membina persekitaran sosial yang membina. Ada laporan mendapati lebih 4,000 pusat hiburan yang beroperasi di Selangor termasuk yang haram. Padahal mereka berkuasa mengeluarkan permit hiburan dan premis operasi pusat hiburan. Sewaktu BN dahulu hanya 700 permit sahaja diluluskan dan ia beroperasi di ’Zon Pusat Hiburan”.
Sehingga kini kerajaan negeri tidak menafikan dakwaan ini dan gagal mengeluarkan statistik sebenar. Ini membuktikan ada kebenaran dakwaan tersebut dan menunjukkan sesuatu tidak kena dengan isu pusat hiburan di Selangor yang didakwa turut didalangi oleh kumpulan gelap (underworld).
Kepimpinan BN dahulu amat perihatin sehinggakan Dato Menteri Besar dan EXCO turun padang dalam operasi bersepadu membanteras pusat hiburan haram. Hari ini kita lihat operasi ini amat terhad seolah-olah mahu melindungi kepentingan pihak operator pusat hiburan. Apakah kepentingan mereka mengatasi soal kualiti kehidupan sosial rakyat Selangor?
Isu-isu yang melingkari PBT-PBT di Selangor boleh menjejaskan tumpuan mereka. PBT dilihat tidak fokus dengan asas dan fungsi penubuhannya. Bahkan sesetengah isu gagal ditangani dengan berkesan dan mencalar kreadibiliti mereka sebagai penyedia perkhidmatan perbandaran yang berwibawa.
Kerajaan negeri gagal memimpin PBT bagi memenuhi keperluan kualiti hidup rakyat. Mereka memerlukan infrastruktur, penyelenggaran, persekitaran sosial, tahap keselamatan dan kebersihan yang baik. Justeru, pengukuhan kewangan dan fokus kerja amat diperlukan. Kelemahan ini hanya akan menjejaskan tahap kualiti perkhidmatan yang mesti diberikan oleh PBT kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails