LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Saturday, October 23, 2010

Renungan Jumaat


" Dan infaqkanlah (hartamu) di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"
Al-Baqarah 2:195

Renungan Kehidupan
Ayat di atas merupakan hujah terhadap fatwa pengharaman rokok yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa. Sekarang ini ramai para ustaz (yang tidak merokok) semakin lantang mengecam umat Islam yang masih merokok di dalam ceramah serta khutbah mereka. Para Ustaz menekankan bahawa "MEROKOK ITU HARAM!", sebagaimana yang dilaungkan oleh khatib khutbah jumaat 2minggu lepas, "tunggulah di akhirat nanti balasannya jika anda masih degil dari meninggalkan tabiat merokok" tambahnya.



Bagi para perokok sudah tentu ramai yang tertunduk layu dan terasa sesuatu yang amat pedih menghiris kalbu mendengar ancaman dari ustaz. Sudah tentu apa yang berlegar dalam kepala ialah keluhan macam mana mahu meninggalkan tabiat merokok tersebut, ustaz tak merokok senanglah cakap kami yang merokok ni dah berkali-kali mencuba, tapi gagal....macam-macam lagilah yang bermain dikepala perokok.

Apabila ul;ama mengistiharkan haram terhadap rokok, terimalah dengan hati yang terbuka, tanamlah azam dan kuatkan semangat untuk meninggalkan tabiat rokok sepanjang masa, niat untuk berbuat baik pahala amalan terus tercatit walaupun kita belum melaksanakannya, bukankah itu satu kelebihan.

Selain dari merokok terdapat banyak perbuatan yang termasuk dalam kategori "mencampakkan diri ke dalam kebinasaan". Berbagai laporan dapat kita rujuk dengan mudah hasil karipada kajian terhadap ilmu kesihatan zaman ini, sebagai contohnya nasihat para penyelidik terhadap kepentingan bersenam.

Satu dunia orang tahu bahawa salah satu punca manusia sekarang mengidap penyakit yang merbahaya seperti masalah jantung, masalah kencing manis atau darah tinggi berpunca daripada gaya hidup kita yang tidak bersenam. Sebagaimana rokok, kesannya juga adalah kesan jangka panjang malah penyakit 3 serangkai itu lebih pantas meragut nyawa. Seorang perokok yang tidak bersenam akan lebih menambahkan lagi risiko kena penyakit.

Satu lagi tabiat mencampakkan diri dalam kebinasaan ialah perangai kita yang tidak menjaga makanan. Ramai dari kita yang bedal ikut rasa sedap mulut. Kita tak perduli berapa biji roti canai yang kita makan sehari, berapa pinggan nasi kita sumbat sehari, berapa gelas teh tarik kita hirup satu hari, berapa bungkus nasi lemak kita makan sehari.

Hari demi hari kita akan bertemu kawan lama yang menegur keadaan badan kita yang manpak semakin lebar. Kebiasaannya kita senyum dan sedikitpun tidak risau. Teguran demi teguran berlalu sehingga saiz pinggang seluar kita bertambah dua kali ganda, kita masih lagi tersenyum dan amat berselera. Bukankah kita sebenarnya sedang mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan, kita tunggu Majlis Fatwa umumkan tabiat makan seperti itu atau berlebihan gemuk adalah haram!

Sudahlah makan banyak dan berselera, kita amat malas mengeluarkan peluh. Kita bawa kereta kemana-mana. Kita cari parking di tempat yang paling dekat dengan destinasi kita. Kalau ke masjid tu kalau boleh kita nak letak kereta terus belakang imam agar terus keluar kereta dan berdiri mengankat takbiratul ihram, tak perlu jalan.

Pagi atau petang kita buang masa dengan berbual kosong, minum teh, tengok TV, nganga tak buat apa-apa, atau pejam mata buat air lior basi. Kita banyak duduk daripada bergerak. Perut kita menutup pemandangan mata sendiri dari jalan raya akhirnya kita mudah semput walaupun untuk mendaki 5 anak tangga. Bukankah malas seperti itu juga sebenarnya kita mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan. Kita tunggu Majlis Fatwa mengumumkan, banyak duduk dari berjalan hukumnya haram.

Ramai dari kita sekarang ini tidak menjaga waktu rehat mereka. Ada yang berjaga sampai waktu subuh, ada yang tak tidur lansung ada juga yang cuma tidur sehari 2 jam sahaja, kita memberikan tekanan kepada tubuh badan kita sedangkan banyak laporan menyatakan tidur yang tidak sempurna juga merosakkan kesihatan sekali gus mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan.

Sekadar itu sahaja buat renungan kita kali ini moga ada manafaatnya buat kita merangsangkan pemikiran kita dan menilai bagaimana kita pastikan bahawa kita tidak mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails