LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Thursday, November 25, 2010

Kutipan Filem 2 Alam, RM1 Juta Pun Tak Sampai Lagi..

kutipan filem 2 alam
Izinkan saya membetulkan usus perut saya yang sudah terburai akibat terkejut melihat jumlah kutipan filem 2 Alam selepas seminggu tayangan. Untuk makluman, filem 2 Alam mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010. Seperti yang anda semua nampak, kutipan filem 2 Alam sekadar mencecah RM230,000. RM1 juta pun tak sampai ada hati nak kutip RM40 juta.
Oh, tapi kami agak kepelikan sebab rasanya kami ada terbaca yang kenyatan Dr Rozmey yang kutipan hari pertama 2 Alam adalah RM2 juta. Siapa kencing siapa nie? Takkanlah Finas tersilap kira kot. RM230,000 dengan RM2 juta jauh lari tue. Atau sebenarnya sekretari Dr Rozmey yang tersilap bagi jumlah kutipan kat Dr. Rozmey?
Tapi satu bab kami respek ialah kejayaan Dr. Rozmey untuk mendapatkan 83 wayang seluruh Malaysia untuk menayangkan filem 2 Alam ini. Kalau tengok kat gambar di atas, filem Adnan Sempit pun sekadar ditayangkan di 61 wayang. Hebat tak hebat jugaklah ayat Dr Rozmey sampai boleh pecah rekod untuk dapatkan filem paling banyak ditayangkan di pawagam Malaysia.
Dan sesungguhnya kami sangat sedih melihat filem Krayon yang sekadar mengutip RM28,000 sahaja. Hmm. Tak tahu mana silapnya sebab dari apa yang kami dengar, filem ini lebih bagus dari filem 2 Alam. Mungkin promosi tak ada kot.
Apa pun, kita tunggu apa kata Dr. Rozmey pasal kutipan filem 2 Alam nie. Tak sabar la pulak nak tunggu statement dia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails