LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Friday, November 19, 2010

ORANG ISLAM TAK BOLEH MINUM AIR INI!


“Saya nak yang air ni Uncle”, saya meminta Uncle Gopal menuangkan air yang menjadi pilihan saya.
“Adik tak boleh minum air ni. Orang Islam haram minum air ni”, tegah Uncle Gopal.
Ketika itu saya masih kecil. Mama membawa saya ke jamuan perpisahan Bosnya yang bakal berpindah ke cawangan lain. Saya ketika itu berumur sekitar 5 tahun, apa yang ada dengan budak berumur 5 tahun itu yang baru mengenal dunia.
“Mama.. Air Root Beer tak boleh minum ke?”, saya bertanya kepada Mama kerana keliru.
“Eh.. Boleh la. Nanti Mama cakap kat Uncle Gopal”, Mama menenangkan saya.
Mama berkata kepada Uncle Gopal. “Gopal.. Ada dua ‘beer’ je yang orang Islam boleh minum. Ginger Beer dan Root Beer”.
“Ooo.. Macam itu ka? Ok-ok.. Mari sini adik, Uncle tuangkan air ni yer”, Uncle Gopal menuangkan air Root Beer di gelas saya sambil memujuk budak comel ini. Hehe..
Setelah berbelas tahun peristiwa ini berlaku, hari ini saya terfikir semula tentang apa yang tersirat dalam peristiwa ini. Ianya berkisah tentang iman dan prinsip hidup mukmin.
Walaupun Uncle Gopal bukan seorang Islam, tetapi beliau sangat menghormati kepercayaan dan peraturan agama lain. Beliau tahu ‘beer’ diharamkan oleh Islam untuk diminum oleh penganutnya dan beliau begitu menjaga peraturan itu walaupun beliau tidak mengetahui Root Beer boleh diminum oleh orang Islam.
Orang bukan Islam boleh ‘mengikut’ perintah Allah. Kita yang Islam ni bagaimana?
ORANG AGAMA VS ORANG BERAGAMA
Ramai orang beranggapan untuk menjadi seorang yang faham tentang agama perlulah menjadi seorang ustaz. Benar. Tidak hairanlah ramai ibu bapa mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok untuk menjadi orang yang beragama. Akhirnya mereka akan menjadi seorang ustaz yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang agama. Persoalannya, mereka ini orang agama atau orang beragama? Orang agama itu pasti, orang beragama belum tentu.
Tunggu. Apa bezanya orang agama dengan orang beragama? Ustaz Hasrizal pernah menulis perihal ini dalam artikelnya yang bertajuk Antara Orang Agama dan Orang Beragama. Pokoknya, orang agama lebih sinonim dengan gelaran ustaz, ustazah dan imam. Manakala orang beragama adalah orang yang membawa dan mengamalkan agama dalam kehidupan sehariannya.
APA KHABAR IMAN?
Seorang peniaga yang beriman akan berniaga dengan jujur, tidak mengurangkan timbangan, dan menjual barangan yang baik dan berkualiti.
Seorang pekerja yang beriman tidak akan mencuri masa semasa bekerja untuk mengelat.
Seorang pelajar tidak akan menipu dalam peperiksaan jika dia beriman.
Oleh itu, apa khabar iman kita? Saya teringat dengan sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang rakan ketika beliau hendak menonton wayang pada suatu hari. Saya gelarkan beliau Ahmad.
Beriman perlu disemua tempat – Gambar Hiasan
.
“Saya nak tengok cerita ni. Bagi satu tiket. Pukul 3.45 petang ya”, pinta Ahmad kepada penjual tiket.
“Filem ni ya? Emm.. Saya rasa tak sesuai nak tengok cerita ni pukul 3.45 petang. Sebab cerita ni lama, takut-takut awak tak sempat nak solat Asar“, kata petugas menjual tiket wayang tersebut. Tersipu-sipu Si Ahmad.
Berdasarkan kisah ringkas tadi, menunjukkan semua orang tidak kita ustaz atau bukan, perlu dan boleh beriman kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la. Islam adalah untuk semua manusia, bukan hanya Ustaz sahaja yang perlu mengamalkan Islam.
Maka tidak ada alasan untuk kita tidak mengamalkan Islam dalam seharian kita. Tiada alasan lagi jika ada individu yang boleh sewenang-wenangnya membuat maksiat (membuka aurat, berjudi, minum arak) atas alasan mereka bukan di dalam bidang agama.
Oleh itu?
Bawalah agama dalam kehidupan kita walaupun kita bukan bergelar ustaz.

2 comments:

  1. Setuju sangat dengan artikel ni..org beragama selalunya lebih sensitif akan kehendak agamanya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails