LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, January 23, 2011

Kenali Musuh Anda - Anai-Anai


Anda boleh menjalankan pemeriksaan sendiri bagi mengenal pasti samada rumah anda telah diserang anai-anai atau tidak. Untuk menjalankan pemeriksaan sendiri, apa yang anda perlukan adalah peralatan asas yang kebanyakan rumah mempunyainya. Peralatan tersebut adalah:

1. Lampu suluh
2. Pemutar skru
Dengan menggunakan 2 peralatan tersebut di atas, mulakan pencarian anda terhadap kesan-kesan serangan anai-anai pada tempat-tempat yang disenaraikan seperti di bawah.

1. Kerangka Pintu
2. Kerangka tingkap
3. Parquet atau lantai kayu
4. Skirting kayu.
5. Siling rumah
6. Binaan Kabinet Kayu
7. Wardrobes
8. Stor

Anda perlu mencari kesan-kesan seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1. Laluan Anai-anai
Ia merupakan kesan laluan yang diperbuat daripada selut yang berpasir. Laluan yang dibina oleh anai-anai biasanya adalah bersaiz pensil. Kita dapat mengesan laluan tersebut pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.

Kadangkala kita dapat melihat ada kesan berpasir di celah-celah rekahan skirting lantai atau rekahan kerangka pinti atau tingkap.

Perlu diingat, anai-anai menyukai tempat yang sejuk dan gelap dan berair. Jika anda terjumpa kesan terowong selut yang telah kering, berkemungkinan anai-anai telah meninggalkan laluan tersebut dan tidak aktif, namun untuk memastikannya anda boleh merobek sedikit sepanjang laluan tersebut untuk memerhatikan jika terdapatnya anai-anai di dalam laluan itu.

Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

2. Kesan Perubahan Warna / Texture Pada Bahan Kayu
Perhatikan pada perubahan warna kayu pada lantai paquet, skirting, kerangka pintu, kerangka tingkap dan lain. Contohnya warna yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah. Perhatikan juga perubahan texture yang ketara daripada kayu-kayu yang lain pada tempat yang sama.

3. Rekahan atau Lubang
Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.

Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk atau ketuk perlahan-lahan dan lihat jika terdapatnya lubang pada kayu yang diketuk. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda jika terdapat bunyi seperti ada ruang kosong di dalam kayu yang diketuk.

Anai-anai biasanya akan bekerja dengan aktif pada dalam kayu yang dimakan dan meninggalkan lapisan luar kayu tersebut tanpa diganggu. Kita cuma dapat melihatnya apabila kita mencucuk kayu tersebut dengan pemutar skru sahaja, yang biasanya akan menerobos masuk ke dalam. Berikan perhatian anda pada tempat-tempat yang jarang kita lalu.

Walau bagaimanapun kadangkala bahagian bawah kerangka pintu berlubang disebabkan kesan air dan bukan disebabkan anai-anai.

4. Bunyi Anai-anai - "Tik-Tik-Tik"
Pasang telinga anda pada bunyi tik-tik tik. Bunyi tersebut keluar daripada aktiviti ani-anai yang mencaput satu persatu atau memecahkan structure kayu. Anai-anai juga kadangkala menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.

Jika anda terdengar bunyi seperti diatas, cucuk sedikit tempat dari mana datangnya bunyi tersebut dengan pemutar skru, jika terdapat anai-anai keluar dari situ bermakna kawasan tersebut telah diserang anai-anai.

5. Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluiar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru. Anda juga boleh melihat serakan sayap kelkatu pada sesuatu kawasan bagi mengenal pasti serangan ani-anai.

Setelah anda pasti bahawa terdapatnya anai-anai menyerang rumah anda, apakah yang anda perlu lakukan?

Perhatian!

Jangan sembur tempat tersebut dengan aerosol atau apa-apa saja cecair bahan kimia yang lain, jangan vacum kawasan terowong anai-anai tersebut atau rosakkan keseluruhan kayu yang telah dimakan anai-anai. Anda perlu sebaliknya mengekalkan kawasan tersebut, tutup lubang atau rongga yang ada dengan tape.

Dapatkan Khidmat nasihat daripada syarikat kawalan serangga yang berlesen dan kami bersedia untuk menghapuskan keseluruhan koloni anai-anai yang telah menyerang rumah anda tersebut.

Dengan hanya mengambil masa 10 minit anda dapat mengenalpasti samada rumah anda telah di serang anai-anai atau tidak!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails