LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Sunday, March 27, 2011

Perangkap Orang Ramai Fogging Untuk Buat Duit - Awas!


Fogging tengahari nak bunuh apa ???
Pernah dengar tentang "Fogging"? tentu ramai yang dah biasa dengan istilah tersebut. Dalam bahasa Malaysia kita panggil 'pewasapan', tapi biasalah orang kita lebih selesa pakai bahasa orang putih.

Kerja pewasapan ni selalu kita hubungkan dengan demam denggi. Kita buat pewasapan untuk bunuh nyamuk Aedes. Kes demam denggi sejak tahun-tahun kebelakangan ini amat kritikal cuma majoriti orang kita buat tak tahu saja, mungkin ramai yang ada ilmu silat kebal tahan penyakit tu.

Mereka biasanya berjaya perangkap orang untuk setuju
buat kerja fogging, kerana ramai yang takut dengan aedes
Setiap hari ada saja kes orang masuk wad hospital kena dema denggi. Kalau ajal dah sampai akan ada yang meninggal dunia. Demam ni tak ada apa-apa ubat, masuk hospital hanya untuk dipantau doktor, nasib baik sambung hidup, nasib dah sampai masuk kubur.


Kalau ada lebih dari 3 kes, itu menunjukkan petanda bahawa, ada kemungkinan wabak, maka pihak berkuasa tempatan dan jabatan kesihatan akan melakukan kerja kawalan nyamuk aedes di kawasan yang berlaku. Akan ada lori atau pick-up melakukan semburan ULV sekeliling taman tersebut dan adakalanya ia diikuti oleh kerja pewasapan.

Van macam ini selalunya mereka datang dan pasang
mesin dengan kuat ronda sekeliling taman.
Semburan ULV dari van atau lori lebih bersifat umum dan tidak sampai terperinci sehingga ke segenap pelusuk rumah dan longkang. Tak ada asap berkepul-kepul kerana ia lebih berbentuk kabus. Kerja pewasapan pula memang berasap dan dapat dilakukan dengan lebih terperinci di segenap penjuru.

Cuba perhatikan di tempat anda jika ada aktiviti yang disebutkan di atas oleh pihak berkuasa, ia sentiasa dilakukan hanya pada waktu-waktu tertentu di mana nyamuk aedes aktif mencari mangsa. Waktunya adalah antara 6.30 ke 9.30 pagi dan antara 6.30 petang ke 9.30 malam. Dan yang paling utama sekali ialah semua kerja tersebut adalah percuma ditanggung oleh semua rakyat.

Walaupun ada ramai orang yang buat 'dek' saja dengan penyakit demam denggi ni, namun ada juga yang gabra lebih, mereka inilah yang bakal menjadi mangsa si pencari untung. Ada syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak yang mengambil kesempatan kepada mereka-mereka yang gabra itu.

Biasanya mereka akan datang secara berkumpulan 4 atau 5 orang dengan satu van dan sebuah mesin pewasapan yang dipasang kuat membingitkan telinga. Sambil van berjalan perlahan di belakang, mereka yang lain akan mengetuk dari rumah ke rumah sambil mengumum dan melaungkan 'fogging!, fogging!'.

Apabila ada tuan rumah yang keluar mereka akan bertanya ada banyak nyamuk tak, kalau jawapannya 'ya' mereka terus kata kena fogging dan mula ambil maklumat dan isu dalam borang kerja mereka. Tukang fogging pula terus terjun dan mula kasi berasap sekeliling rumah. Habis semua itu mereka bagi invoice. Tuan rumah kena bayar antara RM30 ke RM70.

Satu hari dalam satu taman mereka akan berjaya mengambil kerja dalam 20 ke 30 rumah, bermakna mereka akan dapat kutip sekurang-kurangnya dalam RM600 ke RM900. Tapi mereka biasanya akan ronda keliling taman sampai habis tak ada jalan.

Malang sekali biasanya mereka ini bukanlah daripada syarikat 'pest control' yang bertauliah. Anda semua perlu tahu kerja  dan perniagaan 'pest control' ini adalah kerja yang tertakluk di bawah "akta racun serangga & makhluk perosak", perlu bertauliah dan berlesen.

Maka banyaklah mereka yang tak ada tauliah ini buat kerja tak betul seperti sembur asap nyamuk pada pukul  11 ke pukul 1 petang. mana ada nyamuk masa tu!!!.

Apa jenis racun yang mereka pakai kitapun tak tahu, mereka terus fogging. kalau mereka letak diesel saja asap keluar juga. Racun serangga bukannya murah dan hanya boleh dibeli oleh syarikat bertauliah.

Jadi berhati-hatilah dan jika ada syarikat yang datang tanya nak fogging, tanya terlebih dahulu samada mereka syarikat yang berlesen. minta lesen PCO mereka dan minta mereka tunjukkan lesen PAL yang wajib dipamerkan oleh orang yang pegang mesin tu.

Kalau semuanya ok jangan buat kerja bodoh fogging bukan pada waktunya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails