LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Saturday, May 21, 2011

Kiamat Berlaku Hari Ini, 21 May 2011 - Gempar !

 
Satu lagi ramalan berlakunya kiamat atau kehancuran dunia di buat oleh Harold Camping seorang tua beragama Kristian. Menurutnya Bible menyebut bahawa kiamat bakal berlaku selepas 7,000 tahun daripada berlakunya banjir besar melanda muka bumi pada 4990 sebelum masehi.



Mengikut perkiraan, 7000 tahun selepas masehi adalah jatuh pada tahun ini, 2011. Menurut kalendar Bible, hari ini iaitu 21hb May adalah hari yang ke 17 bulan kedua. Tercatit dalam Bible juga bahawa banjie besar berlaku pada hari yang ke 17 bulan kedua kalendar bible.


Minggu lepas seorang berbangsa Italy juga meramalkan perkara yang sama. Dia juga meramalkan akan berlaku gempa bumi di Itali pada 11hb May 2011. Tetapi pada hari tersebut tiada sebarang gempa berlaku di sana sebaliknya satu gempa bumi berlaku di Sepanyol yang meragut nyawa 9 orang.

Di Taiwan juga seorang peramal mengatakan akan berlaku satu gempa besar di Taiwan pada 11hb May, tapi tak ada apa-apa berlaku dan dia di soal siasat oleh pihak berkuasa kerana menyebarkan berita yang menghuruharakan penduduk.

Ramai daripada pengamal agama yang mempercayai Tuhan meramalkan kehancuran mendekati kita melalui petanda seperti berleluasanya masalah moral, masalah kebuluran, tersebarnya keganasan dan tercetusnya banyak peperangan. Pencapaian dan juga ledakan ilmu yang tinggi di samping kemudahan perjalanan juga merupakan salah satu petanda kiamat bagi mereka. Namun mereka tidak menyatakan bila akan berlaku kiamat.

Bagi orang Islam, bila akan berlaku kiamat tidak penting, yang pastinya kiamat adalah benar. Samada pada setiap individu ataupun pada seluruh alam ini. Kita dinasihatkan sentiasa bersedia menghadapinya dengan bertaqwa, mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.

Buatlah apa saja asalkan ianya mendatangkan kebaikan pada diri kita dan dapat menyelamatkan kita pada hari kebangkitan kelak. Segala aktiviti harian kita teruskanlah asalkan ia tidak bertentangan dengan syarak.

Jangan sesekali kita lupa membuat semua perkara yang wajib seperti solat, berkata benar, jujur amanah, menjawab salam, menuntut ilmu, mendidik anak-anak, memberi nafkah pada ibu-bapa, berbuat baik pada ibu bapa, menegah kemungkaran, menyuruh kepada kebaikan dan lain-lain lagi.

Jangan lupa juga kita meninggalkan semua perkara yang haram seperti berzina, bercakap bohong, rasuah, fitnah, berbuat aniaya, songlap duit rakyat, songlap duit awam, rosakkan kemudahan awam, membazir, berhibur sampai lalai, menyakiti jiran, melupakan jasa ibubapa, tidak prihatin pada isteri dan anak-anak, main judi, tikam ekor, tidak menuntut ilmu fardu ain, membuka aurat, tak basuh najis, menipu dalam berjual beli, tipu majikan dalam bekerja, ambil gaji buta dan sebagainya.

Jika dilihat senarai yang disebutkan di atas, semuanya adalah perkara atau kerja harian kita yang berlaku saban hari sepanjang masa. Itulah kehidupan yang membawa kita kepada keselamatan dunia akhirat....bukan hanya dengan duduk pada tikar sembahyang dan menghindari diri dari orang ramai. Lagi giat aktiviti kita lagi banyak kemungkinan kita selamat dunia akhirat. Mari kita sematkan azam untuk mengamalkannya. Insyallah!

Moga kita semua sentiasa bersedia menempuh kiamat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails