LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Wednesday, October 10, 2012

Majlis Perbandaran di UK hentikan khidmat Pest Control



Amalan kebanyak majlis perbandaran di UK adalah menyediakan khidmat menghapuskan masalah tikus dan lipas apabila terdapat aduan daripada rakyat. Walaupun ia bukanlah merupakan satu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh majlis perbandaran, namun khidmat tersebut terlah menjadi amalan yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, sejak 2 tahun kebelakangan ini, sebanyak 29 majlis-majlis perbandaran di seluruh UK telah menghentikan khidmat itu atas kekangan kewangan. Mereka terpaksa menghentikannya terus bagi menjimatkan kos perkhidmatan yang semakin memuncak di mana-mana.

Jika ada majlis yang masih menyediakan khidmat itu lagi, ia tidak lagi silakukan secara percuma. Ada yang mengenakan bayaran sebanyak 47 pound untuk satu perkhidmatan.


Tindakan itu merisaukan sesetengah pihak yang mengjangkakan orang ramai akan cuba menyelesaikan masalah tikus atau lipas dengan melakukannya sendiri. Tidak ramai yang sanggup menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga dengan bayaran kebiasannya adalah sebanyak 100 pound.

Apabila orang ramai mula buat pest control sendiri, ada kemungkinan timbul bahaya terhadap keselamatan awam. Bukan semua orang terlatih untuk menggunakan racun makhluk perosak dengan selamat samada terhadap diri sendiri atau orang lain dan juga alam sekeliling.

Menarik untuk melihat apa yang berlaku di sana kerana selama ini, Majlis di negara kita tidak ada menyediakan khidmat kawalan tikus atau lipas pada orang ramai secara percuma seperti mana mereka sediakan khidmat kawalan nyamuk atau anjing di kawasan taman-taman.

Untuk masalah tikus, Majlis Perbandaran hanya mengawalnya pada kawasan dibawah penjagaan mereka seperti Pasar Gerai Makan kendalian Majlis. Begitu juga dengan lipas. Jika rakyat Malaysia menghadapi masalah tikus di rumah, Majlis tidak akan menguruskannya melainkan kita sendiri selesaikan.

Kawalan makhluk perosak terutamanya vektor pembawa penyakit adalah sesuatu yang penting demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. jadi ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Orang ramai perlu ada sikap dan inisiatif sendiri untuk mengawal makhluk perosak seperti lipas dan tikus ini.

Ia boleh dilakukan secara berkelompok di taman-taman penempatan yang mana kosnya boleh dikongsi melalui persatuan penduduk. Jangan cuba memandai buat sendiri kerana ia merupakan kerja profesional yang terlatih.

Jika anda mahukan perkhidmatan seperti itu untuk penduduk taman anda Adamz Pest Management boleh membantu dengan mengadakan sesi penerangan dan seterusnya melakukan khidmat kawalan secara berkala dengan kadar kos yang minima.

Hubungi Adam, 017-6632676 untuk sebarang pertanyaan lanjut

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails