LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Wednesday, October 10, 2012

Rasa tertipu dengan syarikat Pest Control

Berikut rungutan yang saya terima daripada seorang pembaca yang merasakan dirinya tertipu oleh sebuah syarikat kawalan serangga perosak:

"Salam, bang, saya pernah mengupah syarikat pest control yang berlesen. Tapi kecewa dengan cara kerja. Sebelum bagi kerja, mcm2 dia tunjuk, lesen kewangan taraf bumiputra, lesen pal, entah apa2 lagi. Lepas buat kerja semburan hancur rumah saya. Bukan makin baik, makin teruk. Skrg dah tak boleh percaya. Mcm ustaz bila pakai serban kita sangka org tu baik. Tapi sebalik tuhan je yang tahu. Last sekali saya buat sendiri atas bantuan anak sedara saya yang bekerja dengan syarikat Rentokil. Nasib baik dia tolong tunjukan cara. Baru semuanya okey. Susah nak percaya lagi. Rasanya serik. Tu yang ada lesen. Tak tahu mcm mane boleh dpt lesen"

Saya tidak pasti khidmat apa yang telah pengadu di atas dapatkan, tapi memang tidak dapat dinafikan ada syarikat yang hanya mementingkan keuntungan jangka pendek dengan menjanjikan bermacam-macam kehebatan pada pelangannya. Tumpuan syarikat sebegitu adalah untuk memastikan mereka mendapat pelangan dengan apa cara sekalipun.


Setelah pelangan memberikan kepercayaan pada mereka dan menerima tawaran daripada syarikat tersebut, kualiti pekerjaan rawatan serangga perosak tidak sebagaimana yang diharapkan. Malah ada syarikat yang lansung tidak melayan aduan pelangan terhadap kerja mereka yang tidak memuaskan.

Sebenarnya pelangan tidak sepatutnya menyalahkan 100% kepada syarikat tersebut dan lebih-lebih lagi mempunyai persepsi bahawa semua syarikat kawalan serangga perosak seperti itu. Dalam kes saudara yang memberikan komennya di atas, ternyata ada syarikat yang memang berkualiti seperti Rentokil, sehingga mampu mendidik pekerjanya memberikan tunjuk ajar pada pengadu sehingga pengadu mampu menyelesaikan sendiri masalah serangan serangga perosaknya.

Saya agak musykil kenapa dia tidak mengambil saja syarikat Rentokil untuk menyelesaikan masalah serangan serangga perosak di rumahnya. Ada kemungkinan harga yang ditawarkan oleh syarikat yang telah memberikan perkhidmatan padanya adalah jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh Rentokil.

Ini merupakan salah satu daripada masalah pengguna yang bersikap mahukan segalanya murah tetapi kualiti kerja hebat. Perumpamaannya adalah seperti mahu membeli BMW dengan harga Proton. Ia adalah sesuatu yang hampir mustahil dalam suasana kos yang amat mencabar ini.

Kalau pengadu di atas telah mendapatkan khidmat dari syarikat yang dilangannya dengan harga yang berpatutan seperti mana yang ditawarkan oleh syarikat lain dan dia masih tidak berpuas hati dengan servis yang diterimanya, jalan yang paling baik adalah dengan mengadu terus pada boss syarikat itu.

Jika ia masih tidak mendapat layanan yang sepatutnya, pengadu boleh terus membuat aduan pada Kementerian Pengguna yang biasanya akan mengambil aduan dan meminta syarikat yang diadu tampil ke depan menjawab aduan yang telah diterimanya.

Jika pengadu mendapatkan khidmat rawatan anai-anai, dia sudah tentu mendapat tempoh jaminan sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Ini bermaksud, sebarang ketidak puasan hati boleh diadukan terus pada syarikat itu dan kalau tidak di layan juga buat aduan ke jabatan pengguna.

1 comment:

  1. Nak tanya harga, kalau nak buat inspection kedai @ nak suh dia terminate semua tkus/lipas/ anai2 berapa agaknya kos utk semua ni? Boleh bgtau tak sbb sy nak buat utk kedai makan sy. Tq. Please contact me ASAP. Via my email sitiiyadtulamanda12@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails