LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Tuesday, February 26, 2013

Tips elakkan semut naik ke meja makan

 



Ada di antara kita yang menyimpan makanan di atas meja makan. Terutamanya jika terdapat lebihan makanan yang sengaja disimpan di bawah tudung saja untuk mereka yang belum makan.

Tetapi kadangkala makanan terpaksa dibuang apabila semut menyerang makanan yang diletakkan di atas maja makan kita.

Berikut diberikan beberapa tips bagaimana anda boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

  1. Pastikan meja anda tidak berada rapat dan tersentuh dengan dinding atau tiang atau lain-lain struktur rumah. Ini boleh menghalang semut atau serangga merayap lain meniti dari bahagian tersebut naik ke atas meja.
  2. Dengan melakukan perkara tersebut di atas, jalan untuk naik ke atas meja makan hanyalah melalui kaki meja dan juga kaki kerusi. Berikut antara beberapa perkara yang boleh anda buat bagi menghalang semut menggunakan kaki meja atau kerusi:
    1. Ada sesetengah orang kampung meletakkan minyak kelapa yang disapu pada bahagian kaki meja dan kaki kerusi. Ini dapat menghalang semut melalui bahagian yang disapau minyak tersebut untuk naik ke atas.
    2. Ada juga yang meletakkan alas pada kaki meja. Alas tersebut direka khas untuk membolehkan air diletakkan di dalamnya bagi menghalang semut naik ke atas meja. Namun ia tidak paraktikal untuk diletakkan pada kaki kerusi. Oleh itu, anda perlu pastikan kerusi tidak menyentuh meja makan anda.
    3. Satu lagi cara paling mudah adalah dengan menggunakan aerosol pembunuh lipas yang boleh dibeli di pasaraya atau kedai runcit. Anda hanya perlu menyembur sedikit pada sekeliling kaki meja dan juga kerusi. Sembur semua kaki yang ada dan anda akan dapati banyak semut dan juga lipas yang akan mati jika mereka cuba menghampiri kaki-kaki meja atau kerusi yang ada.
Anda boleh menggunakan teknik yang sama pada almari menyimpan makanan. Tetapi jika anda memasang kabinet yang melekat pada dingding, agak sukar menghalang semut masuk kerana mereka dapat menggunakan dingding sebagai laluan.

Namun begitu anda boleh menggunakan semburan aerosol lipas untuk menyembur secara nipis pada semua bahagian yang menyentuh kabinet dengan struktur rumah lain seperti lantai atau dingsing. Pastikan semua barang dikeluarkan terlebih dulu sebelum membuat semburan.

Untuk kawalan Semut, lipas dan tikus yang berkesan di keseluruhan rumah atau bangunan anda, dapatkan khidmat Adamz Pest Management dengan menelefon 017-6632676 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails