LOGO SYARIKAT

WELCOME TO ADAMZ PEST MANAGEMENT

Whether you have an existing pest problem or are looking for methods of pest prevention, Adamz Pest Management is there with a solution. In this comprehensive site, you'll realise that there is much more to pest control than is commonly known.

As Malaysia's leading pest control company, Adamz Pest Management technicians have the expertise to protect homes and businesses from pest problem. Since we started more than 5 years ago, we have always endeavoured to deliver quality service to our customers by remaining relevant,local,efficient and passionate! we invite you to explore our site to learn more about the world of pests!!



Monday, April 1, 2013

CARA RAWATAN UNTUK ANAI-ANAI


 SOIL TREATMENT

ANAI-ANAI ( SUBTERRANEAN TERMITE ) Anai-anai adalah sejenis serangga yang membiak dan membentuk koloni-koloni mereka didalam tanah dibawah struktur bangunan, kawasan-kawasan yang terdapat serpihan kayu tertanam dan juga dipangkal-pangkal pokok. Anai-anai membiak didalam koloni-koloni yang besar yang diketuai oleh Ratu Anai-anai ( Termite Queen ). Teknik atau cara terbaik untuk mencegah atau mengawal pembiakan atau serangan anai-anai kesesuatu bangunan adalah dengan kaedah Rawatan Tanah (Chemical Soil Treatment ) iaitu ketika sesebuah bangunan didalam proses pembinaan. RAWATAN TANAH ( Chemical Soil Treatment ) Rawatan Tanah ( Chemical Soil Treatment ) adalah bertujuan untuk membentuk satu rintangan bahan. kimia untuk tempoh jangka panjang ditanah dibawah lantai bangunan untuk mencegah serta menghalang kehadiran Ratu Anai-anai.

PERINGKAT PERTAMA (FOOTING)

Semburan bahan kimia ‘Termifos 38.7’ yang dicairkan pada kadar
1% akan dijalankan pada lapisan batu batan ( Hard Core ) yang telah dipadatkan iaitu sejurus sebelum lapisan konkrit dituang.

‘Termifos 38.7’ yang telah dicairkan pada kadar 1% akan disembur pada anggaran sebanyak 4.5 liter untuk setiap satu meter persegi tanah tersedia.

PERINGKAT KEDUA( GROUND BEAMS )

Semburan peringkat kedua adalah pada kadar 4.5 liter untuk setiap 10 kaki panjang di kawasan ‘Ground Beams’ sebelum lapisan konkrit dituang.



PERINGKAT KETIGA (GROUND FLOOR SLAB)

Semburan bahan kimia ‘Termifos 38.7’ yang dicairkan pada kadar 1% akan dijalankan pada lapisan batu batan ( Hard Core ) yang telah dipadatkan iaitu sejurus sebelum lapisan konkrit dituang.‘Termifos 38.7’ yang telah dicairkan pada kadar 1% akan disembur pada anggaran sebanyak 4.5 liter untuk setiap satu meter persegi tanah tersedia.

PERINGKAT KEEMPAT (APRON)

Semburan peringkat keempat adalah bahan kimia ‘Termifos 38.7’ yang dicairkan pada kadar 1% akan disembur sebanyak 4.5 liter untuk setiap 1 meter persegi disepanjang kaki lima (Apron) bangunan diatas tanah tersedia iaitu sebelum lapisan konkrit dituang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails